Gambar Nur Eishal, Baby Girl Eja
Semalam, bertempat di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahriza telah memperkenalkan anak sulungnya, Nur Eishal kepada media. Eishal yang genap berumur 3 bulan semalam nampak begitu comel. Bertuah Eja kan?
Puteri sulung yang dilahirkan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohd Silahuddin itu kini merupakan keutamaannya sekarang.
Ini kerana sejak muncul di kaca televisyen menerusi drama ‘Rahsia Demi Rahsia’ pada 1998, pelakon dan pengacara ini lebih suka menumpukan kepada kariernya semata-semata.
Setelah 3 bulan bergelar ibu, tanggungjawabnya semakin mencabar lebih-lebih lagi anaknya itu kuat menyusu.
“Sejak bergelar ibu ni, saya lakukan semua kerja menguruskan anak secara sendiri.
“Kadang-kadang apabila saya betul-betul dah tak tahu apa nak buat, baru saya akan minta bantuan suami dan mak saya sebab selang satu jam dia akan menangis laparkan susu. Nur Eishal pula jenis yang kuat menyusu.
“Saya minta suami atau mak yang menguruskan Nur Eishal kerana saya boleh jadi kurang sabar dan sangat tertekan. Dia mesti menangis kerana tiga perkara iaitu lampin basah, lapar susu atau mahu tidur.
“Saya rasa berada di lokasi penggambaran lebih senang daripada menjaga bayi..,” luah pelakon yang sinonim dengan gelaran pelakon bulu mata palsu ini.
Jom layan gambar-gambar Nur Eishal, anak sulung Eja di bawah:
Read more
Eja Sedia Kenalkan Baby Girl, Nur Eishal 3 Disember Ini!

Eja atau nama sebenarnya Siti Shahriza telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 September 2009 yang lepas. MT ada juga tercari-cari gambar baby girl Eja ni tapi belum terjumpa lagi. Rupanya bukan MT seorang yang nak tengok gambar anak Eja ni, tetapi yang lain pun sama kan? Tak gitu? MT harap berita yang MT nak umumkan ini akan melegakan anda yang sudah lama menanti.
Eja bakal perkenalkan anak perempuan yang diberikan nama Nur Eishal itu kepada media pada 3 Disember 2009 nanti.
“Saya memilih tarikh 3 Disember kerana genap tiga bulan usia Nur Eishal. Buat pertama kalinya, saya akan memperkenalkan ‘baby’ saya kepada rakan media kerana ramai yang tertanya-tanya bila saya akan menunjukkan wajah Nur Eishal.
Read more
Eja Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. hari ini, tiga minggu lebih awal.
“Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat,” kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Di kesempatan ini, kami di MyTalento ingin mengucapkan tahniah kepada Eja dan suami dengan doa semoga rezeki kalian semakin bertambah-tambah lagi selepas ini. Sebarang berita terbaru tentang kelahiran bayi perempuan Eja ini akan kami updatekan di dalam artikel ini. Tunggu…
Siti Shariza (Eja) Mengandung?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Siti Shahriza atau nama glamornya Eja telah mengandung 4 bulan! Patutlah sudah lama kita tak dengar khabar dan berita tentang Eja ni kan?
Kami di MyTalento.Com mendoakan semoga Eja selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat dan pesanan kami buat Eja, jagalah makan dan minum demi untuk kesihatan kandungan itu. Jangan buat kerja-kerja yang lasak ye.











:p
8)
