Beg Tangan LV RM40k Hadiah Buat Siti Nurhaliza!

Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat ‘hadiah pendahuluan’ apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.
Read more
Gambar Siti Nurhaliza Sebagai Model Di Malaysia International Fashion Week 2009

Pada 4 hingga 8 November baru-baru ini, Maxis selaku penaja utama telah menganjurkan Malaysia International Fashion Week (M-IFW) bertempat di Pavilion Kuala Lumpur. Memang MT cukup kagum dengan fesyen hasil ciptaan rakyat tempatan kita, ada curlast u! Siapa kata orang Malaysia tidak mampu mencipta fesyen hebat kan?
Datuk Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan untuk menggayakan fesyen hasil ciptaan pereka tempatan sewaktu M-IFW itu. Seperti biasa, Siti tetap maintain cun malah nampak semakin kurus. Bila catwalk tu pun dah nampak macam ala-ala model pro gitu! Hai… takkan lepas ni Siti akan menceburi modelling pulak kot?
Read more
Gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza Berangkat Ke Umrah
Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K khabarnya akan menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini di Mekah. MT ada mendapat beberapa keping gambar mereka berdua sebelum berangkat untuk melakukan umrah baru-baru ini.
Cantik juga Datuk Siti Nurhaliza ni apabila bertudung penuh tetapi kenapa sebelum ini, fesyen bertudung ala selendang juga yang jadi pilihan beliau ye? Katanya sebab beum datang seru lagi… MT harapkan semoga selepas balik dari umrah nanti, Datuk Siti akan mendapat hidayah untuk terus bertudung penuh sebegini. Tak percaya Datuk Siti begitu cun bertudung penuh? Jom layan gambar-gambar di bawah:
Read more
Mungkinkah Ferrari Merah Ini Milik Datuk Siti Nurhaliza?
Semasa merayau-rayau di sebuah forum kegemaran kami, terjumpalah satu thread dan beberapa keping gambar yang mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza sekarang memiliki sebuah Ferrari. Menurut tuan empunya gambar itu, mereka terjumpa Datuk Siti semasa sedang berjalan-jalan di Melaka 2 hari lepas. So kesempatan yang ada itu digunakan sebaiknya untuk bergambar bersama Datuk Siti.
Iyalah, bukan senang nak jumpa Datuk Siti kita ini secara live kan? Kami juga cukup respect dengan Datuk Siti, semakin cun melecun gitew, apa rahsianya yer? Berbalik kepada cerita tokan gambar ni, mereka terperasan ada sebuah Ferrari parking berhampiran dengan tempat diorang tengah melepak tu. Jadi mereka pun membuatlah spekulasi yang Ferrari itu kepunyaan Datuk Siti. Betul atau tidak, itu kami tak pasti la pula.
Terlupa pula kami hendak bertanya, apakah no plat kereta Ferrari tersebut? Kalau nombornya 5171, kemungkinan besar Datuk Siti yang punya. 5171 kan sekali imbas seolah-olah perkataan SITI? Tak gitu?
Jom layan gambar-gambar yang diambil oleh forumer kami itu di bawah:
Read more
Siti Nurhaliza Dimadukan??

Kecoh seketika di forum kegemaran penulis apabila ada khabar angin mengatakan Datuk Khalid Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah berkahwin dengan seorang selebriti baru-baru ini. Khabar ini lebih kencang apabila Datuk K didapati tidak bersama Siti mengerjakan umrah ketika itu.
Benarkah berita yang tersebar ini? Jika betul, siapakah wanita yang menjadi pilihan Datuk K kali ini? Mungkinkah Rozita Che Wan? Teruskan membaca…
Read more
Siti Nurhaliza dan Misha Omar Ungguli AIM 16

Keunggulan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin masih menjadi hak miliknya apabila lagu-lagu dan album nyanyiannya masih dinobatkan sebagai yang terbaik.
Siti memenangi empat anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Anugerah itu adalah Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Di Taman Teman, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Pada CintaNya) dan Album Terbaik (Lentera Timur).
Sementara itu, penyanyi Misha Omar buat pertama kalinya berjaya meraih empat anugerah iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) dan Album Pop Terbaik (Misha Omar).
Bagaimanapun, Siti tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut yang dihoskan oleh Adibah Noor, Asdlin Shauki, dan Bob Lokman kerana sedang mengerjakan umrah.
Sebanyak 28 kategori dipertandingkan. Pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Read more
Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Penuh

Alahai…jatuh hati penulis apabila tengok gambar-gambar terbaru Siti Nurhaliza bertudung penuh ini. Comelnya!! Sabar Amir.. Sabar… Siti Nurhaliza tu isteri orang.. Opps… Hehe. Macam nilah baru cara yang betul memakai tudung, tak gitu? Ada spekulasi mengatakan pemakaian cun Siti Nurhaliza bertudung penuh kali ini untuk majlis Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16) yang akan diadakan tidak lama lagi, betul ke Siti?
Namun nasihat penulis, memakai tudung bukan semestinya apabila ada ‘event’ atau ‘function’ sahaja. Anggaplah pemakaian tudung dengan sempurna ini sebagai satu tanggungjawab dan juga ibadat. Insya Allah berkat dunia dan akhirat. Cewah… berceramah la pulak penulis ni
Jom layan gambar-gambar lain Siti Nurhaliza bertudung penuh di bawah:
Read more
Siti Nurhaliza dan Datuk K Sertai PAS?

Ada ura-ura mengatakan Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K sudah menyertai PAS, betul ke? Nak tahu?
Read more
Datuk Siti Nurhaliza Bertemu Tuan Guru Nik Aziz?

Semalam, Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.
Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.
“Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.
Read more
Akhirnya Imran Ajmain Dan Saerah Bersatu

Sebelum ini timbul khabar angin tentang hubungan adik Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah atau Saerah dengan penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain.
Malah, gara-gara gosip ini, penulis difahamkan media Singapura telah mengeluarkan berita mengenai ayah Imran yang merestui sekiranya mereka berdua mahu berkahwin. Hai, orang tua Imran dah kasi greenlight nampaknya… mak Saerah juga dah setuju ke?
Jangan marah, penulis sekadar usik-usik saja. Tapi penulis difahamkan, semua cerita gosip tentang Imran dan Saerah bermula apabila mereka berdua menghadiri sebuah majlis anugerah, baru-baru ini. Waktu itu, ada orang kuat dari stesen radio ada terserempak Saerah pegang erat tangan Imran. Jeng Jeng Jeng… Read more











:p
8)
