Aein Kembar Ekin Sudah Sedia Dirikan Rumahtangga

Hai..apa khabar semua? First sekali MT ingin memohon maaf kepada anda semua kerana sudah beberapa hari tidak update blog ini. Permohonan maaf itu ditujukan kepada anda yang ada menghantar email kepada MT bertanyakan tentang perkembangan terbaru artis dan kenapa tidak update blog ini. MT sebenarnya pergi bercuti ke Langkawi selama 4 hari, bukan apa sesekali pergi bercuti best juga kan? Banyak juga gosip hangat yang MT tertinggal sepanjang 4 hari menghilangkan diri dari dunia hiburan ni tetapi takpelah, sekali sekala tertinggal apa salahnya kan? hehe..
Balik je dari Langkawi, MT mendapat maklumat dari seorang informer mengatakan Aein, kembar kepada Ekin (isteri Mawi la tu) sudah bersedia hendak mendirikan rumahtangga. Informer ini kebetulan pergi ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kesihatan ternampak Aein bersama pasangannya sedang membuat ujian saringan HIV di sana. Kata orang, kalau berpasangan ke hospital untuk membuat ujian saringan HIV, itu tandanya dah tak lama dah nak berkahwin kan? Informer tersebut tidak sempat pula hendak mengambil gambar mereka berdua di sana, nanti dikatakan terhegeh-hegeh pulak kan? Nanti kalau tiba-tiba Aein tak sudi gambar dirakamkan, kan dah malu besar tu. Adoi…
Sama ada pasangan Aein itu seorang duda beranak tiga yang pernah digosipkan di sini atau pun yang lain, itu tidak dapat pula MT pastikan. Apapun, kita tunggu pengumuman dari mulut Aein sendiri ye. Kalau benar berita perkahwinan Aein akan diadakan tidak lama lagi, jangan lupa lah jemput MT sekali tau, manalah tahu boleh juga dibuat review di blog ini nanti. Jangan kata Ekin je ada peminat, Aein pun ada peminat yang ingin tahu perkembangannya juga tau!
p/s: MT teringinlah nak buat slot khas di blog ini yang membolehkan anda menghantar gambar kandid artis Malaysia untuk dikongsikan bersama bertajuk Paparazzi@MyTalento . Untuk gambar-gambar eksklusif yang tidak pernah paparkan dimana-mana web/blog/forum hiburan tempatan, akan menerima hadiah istimewa! Agak-agak ada yang berminat tak?
Heliza Dipinggirkan Kerana Fida?

Selepas berduet dengan Qhaud dalam konsert Akademi Fantasia 7 (AF7), nama penyanyi bertudung yang jelita, Heliza kembali mendapat perhatian. Dulu dia telah mencuri perhatian apabila berduet dengan Mawi.
Selain menyanyi, Heliza juga sedang mencipta nama dalam bidang lakonan dan akan muncul dalam filem pertamanya, Syurga Cinta bersama hos kacak, Awal Ashaari. Filem terbitan Metrowealth Movies ini sedang menunggu tayangan di pawagam tahun ini.
Read more
Jualan Album Baru Mawi Tak Sehebat Dulu

Kegawatan ekonomi yang melanda nampaknya turut dirasai oleh penyanyi popular negara, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi yang telah melancarkan album terbarunya berkonsepkan ketuhanan, Allah Habeebi, sejak 28 Disember tahun lalu.
Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu.
“Saya akui, jualan album ini bergerak agak perlahan. Dan saya tidak nafikan, memang susah untuk dapat jual album seperti dulu. Bukan saja kerana krisis ekonomi, tetapi masyarakat sekarang lebih suka ‘download’ saja.
Read more
Mawi Terkilan Maestro Gulung Tikar

“Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.
“Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus,” ujar Mawi kecewa.
Read more
Juara Realiti TV – Antara Terhangat & Terhangit

Setiap kali ada uji bakat untuk program realiti tv, berduyun-duyun orang datang untuk mencuba nasib. Semua orang ingin menjadi glamor seperti Mawi yang lahir dari program Akademi Fantasia, namun harus diingat, rezeki anda tidak semestinya seperti Mawi walaupun anda menjadi juara dalam sesebuah program realiti.
Berikut kami senaraikan 5 juara terhangat program realiti dan dapat ’survive’ dalam industri hiburan tempatan dan 5 juara terhangit yang terus suram umpama hidup segan mati tak mahu.. Ahaks…
Read more
10 Selebriti Lelaki Paling Stylo Di Malaysia

Beberapa minggu lepas, Gua telah mengadakan satu poll kepada pengunjung gua.com.my untuk memilih 10 orang selebriti lelaki yang ‘Paling Stylo’ di Malaysia dan kini keputusannya adalah seperti berikut:
Read more
Ekin Mawi Keguguran Kandungan

Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.
Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2008 itu tidak menyedari kehadiran ‘orang ketiga’ nya itu hinggalah Ekin mengalami pendarahan selama 2 minggu tanpa henti selepas pulang dari berbulan madu di Korea yang lepas. Read more











:p
8)
