Sinopsis Slot Samarinda TV3 – Kala Hati

Rasanya masih belum terlambat untuk penulis membuat entri tentang drama terbaru dalam slot Samarinda TV3 berjudul Kala Hati. Drama yang telah memulakan siarannya sejak Selasa lepas iaitu 30 Jun 2009 telah dibintangi oleh Dynaz, Ady Putra, Fauziah Gous, Steven Yap, Jue Aziz, Aida Radzwil, Fadilah Mansor, Puspa Narayanan, Rahim Jalani dan ramai lagi.
Penulis yang telah mengikuti drama ini sejak dari episod pertama memang cukup kagum dengan hasil kerja Harris Fadhilah yang mana drama ini berkisarkan tentang konflik keluarga, cinta dan juga persahabatan.
Bagi anda yang belum lagi menonton drama menarik ini, jangan lupa saksikan di TV3 setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10:30 malam.
Nak tahu tentang sinopsis drama Kala Hati ini? Jom kita lihat di bawah.
Read more
Jehan Miskin Serik Bercinta?

Selepas putus kasih dengan Jue Aziz, pelakon pujaan ramai ini dilihat ada keluar berpasangan dengan beberapa wanita. Bahkan, Jehan juga pernah digosipkan bercinta dengan Jay Menon (DJ Mix FM). Bagaimanapun, Jehan menafikan perkara ini dan menjelaskan Jay hanyalah sekadar kawan biasa, tidak lebih daripada itu.
Tidak lama selepas itu, Jehan dilihat pula sering ke sana ke sini dengan Azura, seorang pengacara program TV. Namun, hubungan ini juga tidak ke mana. Daripada cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan penulis, Jehan sudah serik hendak bercinta lagi. Sama ada betul atau tidak, hanya Jehan yang boleh memberikan jawapan.
Read more
Gambar Terbaru Jue Aziz Bertudung
Jika penulis bertanya kepada anda, pernahkah anda melihat Jue Aziz bertudung? Jawapannya mungkin tidak pernah kan? Anda akan dapat melihat imej terbaru Jue Aziz ini dalam slot Cerekarama pada 25 April 2009 nanti berjudul Intan Sayang Manja.
Cun juga rupanya Jue Aziz ni apabila bertudung kan? Sejuk mata memandang…
Intan Sayang Manja membariskan pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam, Ku Faridah, Balkish Semundur Khan, dan Lokman Ghani. Drama ini merupakan hasil arahan pengarah berbakat Shahrulezad Mohamedin manakala olahan skrip oleh Sharifah Faniza Saiyed Yeop.
Read more











:p
8)
