Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Gaya Rambut Terbaru Stacy Selepas AJL24!

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Tidak diketahui apakah motif Stacy memotong pendek rambutnya sebegini selepas Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini. Mungkinkah kerana kecewa kerana tidak memenangi sebarang tempat di AJL24 itu, atau mungkin juga kerana masalah kesihatan (contohnya ada kutu ke sebab tak suka basahkan rambut panjang) atau mungkin juga style terbaru Stacy untuk tahun 2010 ini?

Ada sesiapa yang tahu ke?



Lagi gambar-gambar Gaya Rambut Terbaru Stacy dibawah:

Read more

Remy Ishak Kena Belasah Di Istana Budaya!

December 7, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Remy Ishak dan Maya Karin dalam NATRAH

Jumaat lalu, Remy atau nama sebenarnya, dibelasah oleh sekumpulan lelaki ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.

Remy diserang oleh tujuh orang lelaki yang berjaya melarikan diri setelah kejadian tersebut disedari oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya. Remy bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kemudiannya dibawa ke untuk membuat laporan polis.

Nasib baik kecederaan yang dialami oleh Remy tidak begitu serius dan beliau masih mampu untuk menjayakan teater Natrah ini. Ada sumber yang sampai ke telinga MT mengatakan kejadian itu berlaku berikutan dakwaan bahawa sebelum ini Remy sering mengganggu dan memukul seorang anak kepada ahli perniagaan. Namun Remy enggan mengulas lanjut mengenainya memandangkan kes itu masih dalam siasatan polis.

Gambar Pernikahan Sharifah Sofea & Ismail

October 18, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Majlis Pernikahan Sharifah Sofea & Ismail

Tahniah MT ucapkan buat pelakon cantik manis Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, yang selamat dinikahkan dengan jejaka pilihannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, kira-kira jam 12.15 tengahari tadi, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pasangan pengantin ini diijabkabulkan oleh ayah Sofea sendiri dengan mas kahwin RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir. Pihak Sofea menerima sembilan hantaran berupa wang tunai berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung.

Read more

Gambar Adik Natasha Hudson, Tania Hudson Yang Cun Melecun

October 15, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Jika anda rasakan Natasha Hudson begitu cun, bagaimana pula dengan adiknya, Tania Hudson? Dalam rancangan Melodi di TV3 yang lepas, Natasha telah muncul bersama adiknya, Tania untuk rumah terbuka sempena Aidilfitri. Wah, sungguh cun adik Natasha ni!

Mungkinkah industri seni kita akan dihiasi oleh gadis ini nanti? Itu pun jika Tania berbakat sama ada dalam lakonan ataupun nyanyian. Kalau tiada bakat, jawabnya jadi model je la eh?

Jom layan gambar-gambar cun Tania Hudson yang dicapture daripada program Melodi di bawah :

Read more

Motif Intan Ladyana Berposing Seksi & Manja Dalam Kereta?

October 12, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Jika anda peminat , semestinya anda mengenali pelakon cun bernama Intan Ladyana kan? Dengar khabar Intan bercinta dengan pelakon utama Bionik iaitu Adli tetapi sehingga kini mereka berdua tetap menafikan khabar angin tersebut. Betul atau tidak, hanya tuan empunya badan je yang tahu.

Jangan nanti, tup tap.. tup tap..tiba-tiba keluar pula berita hubungan cinta mereka terputus tengah jalan sudah la sebagaimana yang terjadi antara Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad. Sebelum ni ye ye je mengaku tidak bercinta tapi tetiba terputus, apa kes kan??

Untuk artikel kali ini, bukan hubungan cinta Intan Ladyana yang menjadi perhatian, tetapi posing seksi dan manja beliau di dalam kereta yang menarik minat MT. Wow.. memang cun kan Intan ni? Tak percaya? Jom layan gambar-gambar cun Intan Ladyana berposing seksi dan manja di bawah:

Intan Ladyana Seksi

Read more

Gambar Pertunangan Lan Ex-Meet Uncle Hussein

October 7, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Lan Ex-Meet Uncle Hussein Bertunang

Lan yang dahulunya vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein akhirnya selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Normala bulan Julai yang lepas, tapi baru kini tersebar :p. Sweet juga tunang Lan ini kan?

Tahniah MT ucapkan kepada kalian berdua dan diharapkan semoga sampai ke jinjang pelamin. Bila mereka akan mendirikan rumah tangga, itu tidak pula MT tahu. Apapun, jom layan gambar-gambar pertunangan Lan The Typewriter bersama kekasihnya, Normala di bawah:

Read more

Saksikan Scha Dalam Awan Dania Musim Ke-2!

September 30, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Scha Al-Yahya - Awan Dania Musim Ke-2

Sedikit sinopsis mengenai Awan Dania Musim Ke-2 ini:

Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Read more

Gambar Pertunangan Umie Aida & Datuk K

September 30, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Pertunangan Umie Aida

Kegagalan percintaan Umie Aida suatu ketika dahulu pernah membuatkan Umie Aida serik untuk menerima kehadiran insan bernama lelaki. Namun perkenalannya dengan seorang sejak 5 bulan lepas telah berjaya membuka hatinya.

Umie sendiri tidak menyangka perkenalannya dengan Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, akhirnya telah diikat dengan tali pertunangan malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 – kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.

Read more

Hairul Azreen Anak Ponti Remaja & Faralyna Bercinta?

September 26, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Hairul Azreen & Faralyna

Jika anda peminat Anak Ponti Remaja, semestinya anda mengenali salah seorang pelakonnya iaitu Hairul Azreen. Khabarnya Hairul sekarang tengah hangat bercinta dengan soerang pelakon baru, Faralyna Idris, cinta lokasi la kononnya. Ahaks.

Nak dijadikan cerita, si Faralyna ni dengarnya sudah mempunyai kekasih sebelum bergelar pelakon lagi. Si kekasih yang dikatakan seorang pilot ini terpaksa makan hati apabila Faralyna mula berubah dan bercinta dengan Hairul Azreen. Habis madu sepah dibuang pula ke dik?

Jom layan gambar-gambar Hairul Azreen, pelakon Anak Ponti Remaja bersama Faralyna di bawah:

Read more

Gambar Terbaru Wan Aishah – Gadis Keturunan Mahsuri?

September 17, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Adakah ada antara anda yang masih ingat Wan Aishah Wan Nawawi yang heboh dikatakan berketurunan Mahsuri dari Langkawi? Berita terakhir yang MT tahu tentang gadis yang berasal dari Thailand ini adalah beliau diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun ketika itu tanpa sebarang kelulusan. Pelik bukan?

Mungkin itulah tuah kerana mempunyai pertalian darah dengan seorang lagenda walaupun tidak menyumbang apa-apa pun kepada negara ini. Opps.. nanti ada pulak rakyat Langkawi yang marah kang :p . MT menerima beberapa keping gambar terbaru khabarnya milik Wan Aishah ini. Cukup berbeza sekali rupa parasnya berbanding dahulu malah sekarang makin cun-melecun gitu.

Sejuk mata MT bila tengok gambar-gambar Wan Aishah ni. Rasanya kalau Wan Aishah terpilih sebagai calon program Gadis Melayu lagi layak rasanya berbanding peserta sedia ada yang belum tentu kemelayuannya. Hehe… Jom layan gambar-, gadis keturunan Mahsuri di bawah :

Read more

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »

  • Recent Comments

    • Nila Dasima Bt Sulaiman: janganla bgtu…..Tkutla Kpd Allah…dia mlihat setiap yang kta lakukan
    • ez _nagashi: errrr good ……..gambar suma cute i singel just kidding :D
    • request gurlyyy: cantek doe cinta laura..tp aq rase lagi cantek aq..hehe…satu agi x elk doe pkai baju seksi.. :)
    • nad: i love this song very much…felling tol :love: …to aiman..chaiyok2…
    • nana: comel…aku ingat umo da 20+ upenye sebaye ngan aku jerk..huhuhu
    • akulelaki: kawin 8 bulan terus dpt anak,,,,,,,,,,,,
    • nany...: emm i da lme add die kt fb..tp die xapprove2 pn..sombong a.. :choler:
    • missPUAKA: kesian!!!!! dah wat slah bru nak mintak maaf!!!! jgn mintak maaf dgn manusia tapi dgn tuhan!!! remember...
    • missPUAKA: Biasa ler….. kalau x cukup ilmu agama+iman pun goyah1!!!! ranap ler akhlak anak2x melayu!!!!!:p
    • rasya: heloo..dat gal kat dlm swimming pool 2 bkn neelofa..name gal 2 A*******…dat gal also exgf nabil..huu~ 8)
  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site