Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Fasha Sandha Bakal Dapat BMW X4!!

November 13, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Fasha Sandha

Ini gosip yang baru sampai ke telinga MT, masih panas lagi beb! Menurut seorang forumer Cari, Syd, beliau terdengar dari satu sumber yang mengatakan ada seorang duda idaman telah membawa Fasha Sandha ke sebuah showroom BMW baru-baru ini. Mereka berdua khabarnya melihat-melihat sebuah kereta BMW X4 yang katanya akan dibelikan kepada Fasha.

Siapakah duda idaman yang dimaksudkan itu? Mesti korang dapat teka kan? Hehe… Fasha ketika itu khabarnya cukup seksi gitew, berseluar pendek dengan baju tanpa lengan. Auww…

Ai.. apa maknanya si duda itu menghadiahkan Fasha kereta yer? Adakah itu sebagai salah satu hantaran perkahwinan mereka? Who knows kan?

Fasha Sandha Penyokong Kelantan?

November 11, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Fasha Sandha Penyokong Kelantan

Bahang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan masih lagi terasa walaupun sudah 4 hari berlalu. Kehangatan itu lagi bertambah apabila tersebarnya gambar- sebagai penyokong Kelantan. MT tidak nafikan, ramai yang tidak menduga Kelantan akan kalah teruk pada malam itu termasuklah Fasha Sandha sendiri.

Kehadiran Fasha pada hari itu sedikit menimbulkan tanda tanya MT, adakah Fasha berasal dari Kelantan? Jika bukan, mungkinkah Fasha datang semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan? Atau mungkinkah salah seorang pemain Kelantan itu telah bertakhta di hati Fasha dan kehadirannya adalah untuk memberi sokongan moral kepada si dia? Atau pun mungkin juga tersembunyi cita-cita Fasha untuk memiliki Tengku Temenggung Kelantan (suami kepada Manohara) memandangkan tengku sekarang tengah kesunyian?

Apa niat di sebalik kehadiran Fasha Sandha untuk perlawanan akhir Piala Malaysia itu, hanya tuan empunya badan sahaja yang tahu, tak gitu? Atau mungkinkah ada antara anda yang tahu??

Read more

Nanu Baharuddin Terajui Watak Qistina

October 23, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Nanu Baharuddin

Setelah puas berahsia mengenai siapa yang akan membawakan watak sebagai Qistina dalam siri terbaru Spa Q, akhirnya pihak produser Global Station Sdn Bhd mengumumkan nama Nanu Baharuddin di sebuah sidang akhbar yang diadakan di ibu kota petang semalam. Sebelum ini, dikatakan beberapa nama yang mungkin dipilih seperti Umi Aida dan juga Sofea Jane.

Read more

Qabil Ambak Tak Jadi Pinang Fasha Sandha?

October 8, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Qabil Ambak dan Fasha Sandha

Jika anda selalu mengikuti perkembangan Fasha Sandha melalui blog ini, semestinya anda perasan betapa banyaknya gambar-gambar Fasha Sandha bersama . Tup tap…tup tap tiba-tiba ekuin negara, Qabil Ambak membuat pengumuman bahawa beliau akan melamar Fasha Sandha untuk dijadikan isteri. MT cukup terkejut dan sedikit pelik, bila masa pula si Qabil ni berkenalan dengan Fasha? Gambar mereka berdua pun tidak pernah tersebar sebelum ini! Atau adakah Qabil sekadar ingin memanaskan keadaan?

Maka MT tidak hairan apabila dalam Harian Metro hari ini, Qabil membuat kenyataan bahawa beliau tidak jadi hendak meminang si Fasha dan sebab musababnya, hanya dia dan Fasha saja yang tahu. Haha… MT dapat rasakan, si Qabil ni hanya syok sendiri je sebab mengikut Fasha, Qabil cuma teman biasa dan tak lebih daripada itu.

Nasihat MT kepada peminat Fasha sekalian, bersabarlah ye mendengar berita ini kerana bagi MT, siapa pilihan hati Fasha hanya akan beliau sahaja umumkan, bukan dari mulut orang lain. Tak gitu Fasha? Sabarlah Fasha ye, insya Allah jodoh akan sampai juga nanti. Jika ‘orang biasa’ yang jadi pilihan, apa salahnya kan? MT cuma mampu mendoakan kebahagiaan walau siapa pun jodoh Fasha nanti.

Kekasih Sebenar Qabil Ambak Bukan Fasha Sandha??

August 29, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Qabil Ambak & Kekasih

Kecoh seketika beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa Fasha Sandha sedang hangat bercinta dengan seorang Ekuin Negara (ketika itu namanya belum diumumkan lagi). Setelah diselidik, rupa-rupanya Ekuin Negara yang dimaksudkan adalah .

Kami agak pelik kerana pada masa yang sama, Fasha dikatakan bercinta dengan Rizal Ashram, bekas . Mana satu yang betul ni?? Tidak lama selepas itu tersebarlah beberapa keping gambar yang dikatakan gambar sebenar kekasih si Ekuin Negara itu.

Jangan terkejut kerana kekasih pilihan bukan Fasha Sandha tetapi merupakan seorang ekuin juga dari Filipina! Ekuin dari Filipina ini dikatakan akan berada di Malaysia minggu hadapan. Adakah untuk bertemu kekasih hati ataupun mempunyai kejohanan di sini, itu tidak dapat pula kami pastikan.

Pesanan kami untuk Fasha Sandha, bersabarlah ye, mungkin jodoh anda belum lagi sampai. Mungkin juga jodoh yang sesuai untuk anda bukan seorang yang terkenal tetapi merupakan lekaki biasa sahaja, siapa tahu kan?

Jom layan gambar-gambar bersama kekasihnya dari Filipina ini di bawah:

Read more

Panas!! Pengakuan Cinta Fasha Sandha!

August 24, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Rizal dan Fasha Sandha
Berikut adalah luahan hati Fasha Sandha melalui buletin “myspace” nya yang baru sahaja dihantar pagi tadi. Eksklusif buat anda semua…

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4 Madu’ arahan Prof Razak, drama ‘Lakar’ arahan Aziz M Osman dan drama ‘Madu Di Tasik Hempedu’ arahan Murali. Drama bersiri ‘- The Series’ akan ditayangkan di RTM tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib Jewel. 25hb August saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk TV3 yang bertajuk ‘Akulah Perempuan Itu’ arahanFairuz Loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘Langkawi Kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam-macam cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru-baru ni…..

Saya dapat macam-macam pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan Rizal Ashram (Jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara Qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya, ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!

Read more

Gambar Adik Fasha Sandha Yang Meletop!!

April 29, 2009 by MT  
Filed under Sensasi

Biasanya di blog ini anda semua banyak melihat gambar – gambar Fasha Sanda tetapi berlainan pula untuk entri kali ini. Kali ini MyTalento ingin sajikan kepada anda semua gambar adik kepada Fasha Sandha. Boleh tahan juga mantap dan meletop adik Fasha ini kan?

Mungkinkah nanti adik Fasha ini akan menyambung tradisi kakaknya, Fasha Sandha yang sentiasa hangat dengan kontroversi? Namun kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi, Fasha Sandha lagi cun berkali-kali ganda daripada adik dia. Ahaks…

Read more

Fasha Sandha Sudah Bersedia Bergelar Isteri Dan Ibu

March 31, 2009 by MT  
Filed under Sensasi

Fasha Sandha
Jika personaliti popular lain menganggap usia 25 tahun terlalu muda untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun buat pelakon kontroversi Nur Fasha Sandha, dia merasakan usia 25 tahun amat sesuai untuknya mengubah status diri.

Fasha ketika ditemui di majlis doa selamat dan bacaan Yassin sempena sambutan hari jadinya yang ke-25 tahun di kediaman barunya di Ukay Perdana, Ampang, baru-baru ini mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang jejaka dan berazam untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Read more

Gambar Perkahwinan Diana Johor dan Ramelle Ashram Ramli

March 28, 2009 by MT  
Filed under Sensasi

diana-johor-001
Diana Johor rupanya adalah adik ipar kepada Rizal Ashram Ramli, iaitu bekas suami Nora Danish. Beliau dilihat ada bersama keluarga Rizal semasa majlis Aqiqah Putera Rayqal baru-baru ini. Setelah diselidik, didapati sebenarnya Diana Johor telah mengahwini adik Rizal, Ramelle Ashram Ramli pada 7 Feb 2009 lepas! Macam mana penulis boleh terlepas melaporkan berita ini ye?

Jika diperhatikan, keluarga Ramli ni gemar berkahwin dengan golongan artis, kenapa ek? Nak glamor je kot! Jangan pula perkahwinan Diana Johor dan Ramelle Ashram Ramli pun sekejap juga dah le… Ahaks. Read more

Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Nora Danish dan Rizal

March 22, 2009 by MT  
Filed under Sensasi

anak-nora-danish-001

Majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anak aktres , Putera Rayqal Rizal Ashram telah diadakan pada pukul 10 pagi semalam di rumah bekas mertuanya, di Tar Villas, Ampang dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda , 39 dan keluarganya.

Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu. Rayqal dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang. Read more

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »

  • Recent Comments

    • Nila Dasima Bt Sulaiman: janganla bgtu…..Tkutla Kpd Allah…dia mlihat setiap yang kta lakukan
    • ez _nagashi: errrr good ……..gambar suma cute i singel just kidding :D
    • request gurlyyy: cantek doe cinta laura..tp aq rase lagi cantek aq..hehe…satu agi x elk doe pkai baju seksi.. :)
    • nad: i love this song very much…felling tol :love: …to aiman..chaiyok2…
    • nana: comel…aku ingat umo da 20+ upenye sebaye ngan aku jerk..huhuhu
    • akulelaki: kawin 8 bulan terus dpt anak,,,,,,,,,,,,
    • nany...: emm i da lme add die kt fb..tp die xapprove2 pn..sombong a.. :choler:
    • missPUAKA: kesian!!!!! dah wat slah bru nak mintak maaf!!!! jgn mintak maaf dgn manusia tapi dgn tuhan!!! remember...
    • missPUAKA: Biasa ler….. kalau x cukup ilmu agama+iman pun goyah1!!!! ranap ler akhlak anak2x melayu!!!!!:p
    • rasya: heloo..dat gal kat dlm swimming pool 2 bkn neelofa..name gal 2 A*******…dat gal also exgf nabil..huu~ 8)
  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site