Best Tak Suara Diana Danielle?

Hasrat Diana Danielle Beeson untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai juga. Jika anda pernah mendengar lagu yang diberi nafas baru oleh Imran Ajmain berjudul Hanya Di Radio, suara perempuan yang kedengaran dalam lagu itu, Diana Danielle punya lah tu.
Dalam program AC Di Sini baru-baru ini, Diana Danielle telah dijemput oleh AC Mizal untuk menjadi tetamu rancangan itu. Dalam slot yang disediakan, Diana Danielle telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu berjudul Tidur Dahulu. Overall MT dengar, boleh tahan juga lah bestnye suara Diana ni. Jika anda terlepas untuk menyaksikan rancangan tersebut, di bawah ini disertakan sekali videonya. So amacam? Anda rasa layakkah Diana Danielle bergelar penyanyi? Jom komen…
Read more
Diana Danielle Pengsan Ketika ABPBH 2008??

KECOH seketika majlis ‘post-party’ yang berlangsung sejurus berakhirnya Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP) di Genting Highlands malam tadi, apabila pelakon muda, Diana Danielle dikatakan pitam ketika ingin mengambil makanan.
Walaupun ‘aksi’ itu hanya untuk beberapa minit, ramai yang berada di majlis itu tertanya-tanya punca sebenar gadis itu pitam secara tiba-tiba.
Ada juga yang berpendapat, Diana mungkin tertekan gara-gara kepenatan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang mana dia perlu kembali meneruskan latihannya di Kem Princess Haliza, Sepang, hari ini.
Read more
Teknik Berguna Diana Danielle Di PLKN!
Ada beberapa teknik yang boleh saudara dan saudari amalkan sekiranya terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagaimana yang dilakukan oleh Diana Danielle ini. Mungkin gambar-gambar di bawah sedikit ‘over’ dan jika anda yang melakukan sedemikian, berkemungkinan besar anda akan dicop ‘POYO’! Haha… Jom kita tengok apa yang Diana Danielle lakukan sepanjang berada di PLKN Princess Haliza.
Read more
“PLKN Memang Best!” – Diana Danielle

“Semuanya bagus di sini, selesa. Sejak hari pertama, saya tidak berasa janggal, takut ataupun rindukan rumah. Keadaan di sini sangat berbeza dari apa yang saya jangkakan. Pada mulanya, bimbang juga jika cerita-cerita yang saya dengar tentang PLKN benar. Tapi kawan-kawan dan jurulatih di sini semuanya peramah dan banyak menolong. Mereka membuat saya berasa dialu-alukan,” cerita Diana, yang begitu seronok sekali di sini dengan rakan-rakan barunya hinggakan bila ibunya datang melawat disuruhnya pulang.
“Takde kaki buli atau penderaan di sini. The atmosphere here is very ‘student-friendly’. Bagi saya, dokumentari yang sedang diusahakan 8TV, yang akan merakamkan pengalaman saya, Suki dan Alif di PLKN, cara terbaik untuk menunjukkan kepada masyarakat umum apa sebenarnya yang berlaku di kem. Sampai di sini, kami diajar tentang disiplin, membina perwatakan … ketika itu baru saya tahu apa itu sebenarnya PLKN.”
Read more
Gambar Sebenar Diana Danielle Di PLKN Princess Haliza
Setelah anda dihidangkan dengan gambar-gambar tipu kononnya gambar Diana Danielle di PLKN, kali ini penulis ingin gegarkan anda dengan gambar-gambar sebenarnya Diana Danielle sewaktu berada di kem PLKN Princess Haliza. Ini betul punye… Tarak tipu!! Tak percaya? Jom kita tengok!
Read more
Gambar Tipu Diana Danielle Kononnya Di PLKN
Penulis terjumpa gambar-gambar ini di blog-blog tempatan, kononnya gambar Diana Danielle di PLKN Princess Haliza. Adoi… macam mana la korang boleh cakap ni gambar Diana di PLKN? Dah sah-sah dia pakai baju Renjer Puteri, apa kejadahnya kat PLKN?? Korang dah tengok ke belum gambar-gambar tipu ini kononnya gambar Diana Danielle di PLKN? Kalau belum, jom tengok kat bawah? Anda setuju dengan saya??
Read more
Akhirnya Imran Ajmain Dan Saerah Bersatu

Sebelum ini timbul khabar angin tentang hubungan adik Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah atau Saerah dengan penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain.
Malah, gara-gara gosip ini, penulis difahamkan media Singapura telah mengeluarkan berita mengenai ayah Imran yang merestui sekiranya mereka berdua mahu berkahwin. Hai, orang tua Imran dah kasi greenlight nampaknya… mak Saerah juga dah setuju ke?
Jangan marah, penulis sekadar usik-usik saja. Tapi penulis difahamkan, semua cerita gosip tentang Imran dan Saerah bermula apabila mereka berdua menghadiri sebuah majlis anugerah, baru-baru ini. Waktu itu, ada orang kuat dari stesen radio ada terserempak Saerah pegang erat tangan Imran. Jeng Jeng Jeng… Read more
PLKN, Here I Come! – Diana Danielle

Pelakon yang baru sahaja menerima keputusan SPM minggu lepas, Diana Danielle akan melaporkan diri untuk Program Latihan Khidmat Negara hari ini. Beliau yang telah ditempat kan di Kem Princess Haliza, Sepang itu mengakui agak gementar kerana berjauhan dengan keluarga dalam jangka masa yang agak lama. Namun, dia cuba berfikiran positif kerana pengalaman inilah yang ditunggu-tunggunya selama ini.
“Saya positifkan diri. Bagi saya perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Lagipun keselamatan kita memang pihak PLKN jaga. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Read more
Anith OIAM Dapat 5A1 Dalam SPM 2008

Tahniah dari kami untuk peserta One In A Million, Anith kerana berjaya mendapat 5A1 dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini. Wow… 5A1 tu… bukan hanya 5A tau! Kejayaan itu sekaligus telah mengalahkan Diana Danielle yang mendapat hanya 2A dalam peperiksaan yang sama. Maka dengan ini kami mengumumkan, Anith adalah artis yang paling cemerlang untuk SPM tahun 2008! Ada lagi ke artis-artis lain yang turut mengambil peperiksaan SPM tahun lepas ye?
Semoga terus berjaya diucapkan kepada Anith dalam apa jua bidang yang beliau ceburi termasuklah dalam pertandingan One In A Million ini. Kalau terkeluar pun dik, boleh aje sambung belajar ke peringkat lebih tinggi kan? At least kalau jadi artis yang berpelajaran mesti akan lebih dihormati oleh peminat.
Hanya 2A 5B untuk SPM Diana Danielle

Keputusan SPM telah diumumkan semalam dan nampaknya cukup mengecewakan pelakon Janji Diana iaitu Diana Danielle. Beliau hanya sekadar memperolehi 2A 5B yang mana subjek A nya adalah Matematik dan Bahasa Inggeris. Subjek-subjek lain seperti Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi adalah B.
Bagi penulis, kira OK la dapat result macam tu, ada juga dapat A kalau nak dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang memang langsung tak ada. Namun bagi Diana, beliau merasa sedikit tidak puas hati kerana semasa percubaan SPM, beliau mendapat 5A. Biasa la tu dik, peperiksaan percubaan kan memang biasanya senang. Lain la kalau belajar di MRSM. Kat sana peperiksaan percubaan agak susah (waktu zaman penulis dulu) berbanding SPM. Read more











…to aiman..chaiyok2…
