Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Gambar Ratu, Baby Girl Que Haidar & Linda Jasmine

February 28, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Kehadiran cahayamata Que Haidar dan isteri, Linda Jamine yang dinamakan Ratu ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat. Tidak dinafikan, ramai yang tertanya-tanya mungkinkah baby girl ini akan mengikut iras-iras Linda ataupun mungkin juga Que? Persoalan tersebut terjawab akhirnya semalam sewaktu majlis meperkenalkan Ratu di kalangan media di Bora Ombak, Ampang.

Comel betul anak perempuan mereka ni, rasa nak cubit-cubit je pipi tu :D Walaupun sewaktu majlis bermula, Ratu khabarnya sedang tidur di dalam stroller namun apabila tersedar, dia nampaknya tidak banyak kerenah ketika gambar-gambarnya dirakamkan media. Macam dah biasa bergambar je. Hehe…

Majlis yang diadakan adalah tajaan daripada Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak yang bertemakan warna putih, emas dan krim. Setiap tetamu yang hadir dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis seperti Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu semalam.

Berikut adalah beberapa keping gambar Ratu, baby girl Que Haidar dan untuk tatapan anda:

Read more

Halim Othman Bakal Akhiri Zaman Bujang Jun Ini!

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Sudah lama MT tidak mendengar perkhabaran mengenai dj yang pernah popular suatu ketika dahulu, sehinggalah baru-baru ini. Akhirnya kelibat ni terlihat juga sewaktu pengumuman menyertai SuriaFM diadakan semalam. 2 tahun rupanya Halim menyepikan diri ye? Rasa cepat sangat masa berlalu…

Semalam Halm turut diajukan tentang soal teman hidup. Yelah, manalah tahu dalam tempoh 2 tahun tu tiba-tiba Halim ni dah berkahwin, tak gitu?

Read more

Gambar Terbaru Lisdawati Lepas Habis Pantang Anak Ke-2

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Pergh…meleleh air liur MT melihat gambar terbaru Lisdawati selepas habis pantang untuk kelahiran anak beliau yang ke-2 ini. Slimnya jangan cakap lah, dah macam anak dara la pulak. Apa rahsianya ye?



Lagi gambar terbaru Lisdawati selepas habis pantang di bawah:

Read more

Gaya Rambut Terbaru Stacy Selepas AJL24!

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Tidak diketahui apakah motif Stacy memotong pendek rambutnya sebegini selepas Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini. Mungkinkah kerana kecewa kerana tidak memenangi sebarang tempat di AJL24 itu, atau mungkin juga kerana masalah kesihatan (contohnya ada kutu ke sebab tak suka basahkan rambut panjang) atau mungkin juga style terbaru Stacy untuk tahun 2010 ini?

Ada sesiapa yang tahu ke?



Lagi gambar-gambar Gaya Rambut Terbaru Stacy dibawah:

Read more

Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari Amerika!

January 13, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan


Tahniah MT ucapkan kepada Yuna kerana dinobatkan sebagai Naib Juara untuk hari ahad yang lepas! Nampaknya rezeki Yuna semakin mencurah-curah sekarang ye? Irama yang dibawa oleh Yuna bukan setakat mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan saja tau, tetapi juga meraih perhatian daripada syarikat antarabangsa!

MT mendapat tahu Yuna telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini. Menurut pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam ini, dia dan wakil syarikat rakaman tersebut sedang berbincang dengan lebih terperinci mengenai butiran tawaran itu.

Read more

Seksinya Betty Benafe Sewaktu AJL24!

January 12, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Baru minggu lepas MT siarkan gambar Betty Benafe cantik bertudung dalam artikel yang menggosipkan beliau dengan penyanyi, Nash. Kali ini tersedak seketika MT melihatkan Betty Benafe dengan bukaan dadanya yang cukup daring. Mentang-mentanglah untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) ada acara ‘red carket’, fesyen ala-ala Hollywood pula yang dibawa ye?

Fesyen bukaan dada ini katanya hasil rekaan kreatif Aaron Von Jolly. Tapi agak-agak la kalau nak pakai pun kan? Awak tu bukannya muda lagi. Huhu…Mungkinkah ini satu cara Betty Benafe untuk memikat datuk-datuk VIP di luar sana? Hanya tuan empunya badan yang mengetahui…

Jom layan gambar- Betty Benafe sewaktu AJL24 baru-baru ini di bawah:

Read more

Beg Tangan LV RM40k Hadiah Buat Siti Nurhaliza!

January 12, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat ‘hadiah pendahuluan’ apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Read more

Siapakah Bakal Dinobatkan Juara AJL24?

January 10, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Pejam celik..pejam celik.. sedar tak sedar kini Anugerah Juara Lagu kembali lagi buat kali ke-24. MT rasa seperti baru semalam je AJL 23 berlalu yang menyaksikan Meet Uncle Hussien dinobatkan sebagai juara. Waktu itu MT turut ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada artis favourite iaitu Faizal Tahir namun sedikit kecewa apabila Faizal tidak terpilih sebagai juara. Huhu.. :bloody:

Untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 ini, nampaknya MT tidak dapat tengok secara Live di stadium seperti tahun-tahun sebelum ini tetapi dapat tengok Live di pun dah kira ok lah kan? Seperti biasa, artis favourite MT semestinya lah Faizal Tahir!! Namun saingan tetap sengit memandangkan untuk AJL24 ini, kategori adalah terbuka dan tidak ada kategori spesifik sebagaimana AJL terdahulu. MT amat mengharapkan Faizal dapat perform yang terbaik malam nanti walaupun MT sedar kesihatan Faizal belum pulih sepenuhnya.

Kepada yang tidak berpeluang ke Stadium Putra Bukit Jalil nanti, jangan lupa untuk saksikan Anugerah Juara Lagu ke-24 di tepat jam 9 malam. Anda juga boleh mendengar secara live di radio rasmi AJL24 iaitu Hot FM dan yang di luar negara, boleh ikutinya di laman web .com.my .

Berikut merupakan senarai lagu final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24):-

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. (komposer/penulis lirik: , Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

So bagi anda sendiri, siapakah penyanyi favourite yang anda rasakan bakal dinobatkan sebagai juara untuk AJL24 malam ini?

Selamat Pengantin Baru Nor Aliah Lee & Zekri!

January 9, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Selepas tiga tahun menjanda, akhirnya semalam, Nor Aliah Lee Abdullah atau nama sebenarnya, Vianney Anastasia Lee (), 38 tahun, telah selamat dinikahkan dengan seorang duda dan juga pemain polo, Muhammad Zekri Ibrahim (41).

Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10:20 pagi itu bertempat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara secara tertutup dan hanya dihadiri kira-kira 70 orang termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Zekri telah membawa 5 dulang hantaran iaitu wang hantaran berjumlah RM10,110 , senaskah kitab suci Al-Quran, barang kemas, tepak sirih dan telekung. Manakala pihak pula membalas dengan 7 dulang hantaran iaitu senaskah Al-Quran, gula-gula, minyak wangi, potpourri, sirih junjung, aksesori dan juga cincin. Dengan sekali lafaz sahaja, telah selamat menjadi isteri kepada Zekri dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Menurut , dia memilih Zekri sebagai teman hidup kerana Zekri seorang lelaki yang baik dan anak-anaknya juga turut menyukai Zekri.

MT mendoakan semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Jadikanlah pengalaman sewaktu perkahwinan terdahulu sebagai pengajaran untuk membina kebahagiaan di masa hadapan.

Kredit Foto : The Malay Mail

Cutenya Anuar Zain Waktu Kanak-Kanak!

January 6, 2010 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Bila disebut nama Anuar Zain, siapa yang tidak kenal jejaka ini kan? Boleh dikatakan setiap golongan masyarakat kita mengenali abang Anuar ni termasuklah orang-orang lama. Bagi orang-orang lama, bila disebut lagu “Kain Pelikat” mesti akan teringat si Anuar ni waktu kecil-kecil dahulu. Namun berapa ramai antara kita sekarang yang pernah melihat atau mengingati rupa Anuar Zain suatu ketika dahulu?

Nah..untuk tatapan anda semua, jom layan gambar Anuar Zain sewaktu kegemilangannya bersama Elina suatu ketika dahulu di bawah:

Read more

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »

  • Recent Comments

    • tracis: norman 2 macam manusia tak ada hati kn……. :8 :p :p :p :p :p :p :p 8) 8)
    • tracis: ini betul2 dua alam…gurl pun dia baham..boy pun dia baham………
    • tracis: cam tak best jer….
    • Shakira: Aduuh..rusak..rusak.. macam sansut saja tu taida seluar.. :o:
    • Shakira: Memang bukan Niki…sah sah bukan dia..janganlah cari asal serupa buat ceng gini bilang org tu konon...
    • bayu: cantik tapi sayang…. =(
    • tracis: parA ARTIS jaNgaN tERkIlan..setengah pihak memang tangan dan perangai mereka macam kera…asal ada artis...
    • tracis: kepala jer….kepala mawi..tapi bukan badan mawi
    • tracis: BUKAN liYAna la..hodoh beTUl muka DiE tuE…laGI Pun kURus SanGat..liYaNa mAnTAp laGI..BoDOh BeTul OGR...
    • putri intan: kecewa kat abg awal bab sosial sgt!!!!!dah famous skit dah lupa diri…kt ne org melayu so sendiri...
  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site