Catriona Sudah Mula Buat Persiapan Kelahiran Bayi

Biarpun kandungannya baru berusia 5 bulan, Catriona Ross atau lebih mesra dipanggil Cat nampaknya sudah mula membuat persiapan untuk barang-barang bayi terutamanya bab pakaian. Ketika ditanya tentang jantina bayi yang dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2010 itu nanti, hingga ke saat ini Cat masih belum lagi mengetahui sama ada bayinya itu lelaki atau perempuan.
“Saya sudah pergi buat imbasan, tetapi tak boleh nampak lagi jantinanya. Sejujurnya, saya tidaklah mengharap bayi lelaki atau perempuan kerana apa yang penting bagi saya ketika ini ialah untuk melihat wajah ‘baby’ itu nanti.
“Walaupun tidak tahu lagi jantinanya, saya tetap buat persiapan barang-barang bayi, terutamanya pakaian. Cara ’selamat’ yang saya buat ialah dengan membeli baju-baju bayi berwarna putih.
“Jadi, kalau bayi lelaki atau perempuan yang akan lahir nanti, kedua-duanya boleh pakai baju tersebut,” kata Cat dalam nada ceria.
Ujarnya lagi, dia juga amat bersyukur kerana pengalaman pertama hamil tidak menyebabkan banyak masalah atau alahan terhadapnya.
“Alhamdulillah, setakat ini memang tiada masalah. Risau juga pada awalnya dulu kerana ramai yang cakap keadaan mereka agak teruk ketika pertama kali mengandung.
“Setakat ini, saya hanya terasa cepat letih dan adakalanya saya jadi beremosi sikit bila menonton drama-drama sedih,” kata Cat yang juga masih aktif berlakon.











…to aiman..chaiyok2…
