Jualan Album Baru Mawi Tak Sehebat Dulu

Kegawatan ekonomi yang melanda nampaknya turut dirasai oleh penyanyi popular negara, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi yang telah melancarkan album terbarunya berkonsepkan ketuhanan, Allah Habeebi, sejak 28 Disember tahun lalu.
Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu.
“Saya akui, jualan album ini bergerak agak perlahan. Dan saya tidak nafikan, memang susah untuk dapat jual album seperti dulu. Bukan saja kerana krisis ekonomi, tetapi masyarakat sekarang lebih suka ‘download’ saja.
Read more
Mawi Terkilan Maestro Gulung Tikar

“Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.
“Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus,” ujar Mawi kecewa.
Read more
Ekin Mawi Keguguran Kandungan

Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.
Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2008 itu tidak menyedari kehadiran ‘orang ketiga’ nya itu hinggalah Ekin mengalami pendarahan selama 2 minggu tanpa henti selepas pulang dari berbulan madu di Korea yang lepas. Read more











:p
8)
