Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Gambar Ratu, Baby Girl Que Haidar & Linda Jasmine

February 28, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Kehadiran cahayamata dan isteri, Linda Jamine yang dinamakan Ratu ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat. Tidak dinafikan, ramai yang tertanya-tanya mungkinkah baby girl ini akan mengikut iras-iras Linda ataupun mungkin juga Que? Persoalan tersebut terjawab akhirnya semalam sewaktu majlis meperkenalkan Ratu di kalangan media di Bora Ombak, Ampang.

Comel betul anak perempuan mereka ni, rasa nak cubit-cubit je pipi tu :D Walaupun sewaktu majlis bermula, Ratu khabarnya sedang tidur di dalam stroller namun apabila tersedar, dia nampaknya tidak banyak kerenah ketika gambar-gambarnya dirakamkan media. Macam dah biasa bergambar je. Hehe…

Majlis yang diadakan adalah tajaan daripada Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak yang bertemakan warna putih, emas dan krim. Setiap tetamu yang hadir dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis seperti Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu semalam.

Berikut adalah beberapa keping , baby girl dan Linda Jasmine untuk tatapan anda:

Read more

Halim Othman Bakal Akhiri Zaman Bujang Jun Ini!

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Sudah lama MT tidak mendengar perkhabaran mengenai dj yang pernah popular suatu ketika dahulu, Halim Othman sehinggalah baru-baru ini. Akhirnya kelibat Halim Othman ni terlihat juga sewaktu pengumuman menyertai SuriaFM diadakan semalam. 2 tahun rupanya Halim menyepikan diri ye? Rasa cepat sangat masa berlalu…

Semalam Halm turut diajukan tentang soal teman hidup. Yelah, manalah tahu dalam tempoh 2 tahun tu tiba-tiba Halim ni dah berkahwin, tak gitu?

Read more

Gambar Terbaru Lisdawati Lepas Habis Pantang Anak Ke-2

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Pergh…meleleh air liur MT melihat gambar terbaru Lisdawati selepas habis pantang untuk kelahiran anak beliau yang ke-2 ini. Slimnya jangan cakap lah, dah macam anak dara la pulak. Apa rahsianya ye?



Lagi gambar terbaru Lisdawati selepas habis pantang di bawah:

Read more

Gaya Rambut Terbaru Stacy Selepas AJL24!

January 14, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Tidak diketahui apakah motif Stacy memotong pendek rambutnya sebegini selepas Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini. Mungkinkah kerana kecewa kerana tidak memenangi sebarang tempat di AJL24 itu, atau mungkin juga kerana masalah kesihatan (contohnya ada kutu ke sebab tak suka basahkan rambut panjang) atau mungkin juga style terbaru Stacy untuk tahun 2010 ini?

Ada sesiapa yang tahu ke?



Lagi gambar-gambar Gaya Rambut Terbaru Stacy dibawah:

Read more

Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari Amerika!

January 13, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan


Tahniah MT ucapkan kepada Yuna kerana dinobatkan sebagai Naib Juara untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 hari ahad yang lepas! Nampaknya rezeki Yuna semakin mencurah-curah sekarang ye? Irama yang dibawa oleh Yuna bukan setakat mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan saja tau, tetapi juga meraih perhatian daripada syarikat antarabangsa!

MT mendapat tahu Yuna telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini. Menurut pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam ini, dia dan wakil syarikat rakaman tersebut sedang berbincang dengan lebih terperinci mengenai butiran tawaran itu.

Read more

Seksinya Betty Benafe Sewaktu AJL24!

January 12, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Baru minggu lepas MT siarkan gambar Betty Benafe cantik bertudung dalam artikel yang menggosipkan beliau dengan penyanyi, Nash. Kali ini tersedak seketika MT melihatkan gambar seksi Betty Benafe dengan bukaan dadanya yang cukup daring. Mentang-mentanglah untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) ada acara ‘red carket’, fesyen ala-ala Hollywood pula yang dibawa ye?

Fesyen bukaan dada ini katanya hasil rekaan kreatif Aaron Von Jolly. Tapi agak-agak la kalau nak pakai pun kan? Awak tu bukannya muda lagi. Huhu…Mungkinkah ini satu cara Betty Benafe untuk memikat datuk-datuk VIP di luar sana? Hanya tuan empunya badan yang mengetahui…

Jom layan gambar-gambar seksi Betty Benafe sewaktu AJL24 baru-baru ini di bawah:

Read more

Beg Tangan LV RM40k Hadiah Buat Siti Nurhaliza!

January 12, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat ‘hadiah pendahuluan’ apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Read more

Selamat Pengantin Baru Nor Aliah Lee & Zekri!

January 9, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Selepas tiga tahun menjanda, akhirnya semalam, Nor Aliah Lee Abdullah atau nama sebenarnya, Vianney Anastasia Lee (Vee), 38 tahun, telah selamat dinikahkan dengan seorang duda dan juga , Muhammad Ibrahim (41).

Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10:20 pagi itu bertempat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara secara tertutup dan hanya dihadiri kira-kira 70 orang termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

telah membawa 5 dulang hantaran iaitu wang hantaran berjumlah RM10,110 , senaskah kitab suci Al-Quran, barang kemas, tepak sirih dan telekung. Manakala pihak Vee pula membalas dengan 7 dulang hantaran iaitu senaskah Al-Quran, gula-gula, minyak wangi, potpourri, sirih junjung, aksesori dan juga cincin. Dengan sekali lafaz sahaja, Vee telah selamat menjadi isteri kepada dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Menurut Vee, dia memilih sebagai teman hidup kerana seorang lelaki yang baik dan anak-anaknya juga turut menyukai .

MT mendoakan semoga perkahwinan Vee kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Jadikanlah pengalaman sewaktu perkahwinan terdahulu sebagai pengajaran untuk membina kebahagiaan di masa hadapan.

Kredit Foto : The Malay Mail

Cutenya Anuar Zain Waktu Kanak-Kanak!

January 6, 2010 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Bila disebut nama Anuar Zain, siapa yang tidak kenal jejaka ini kan? Boleh dikatakan setiap golongan masyarakat kita mengenali abang Anuar ni termasuklah orang-orang lama. Bagi orang-orang lama, bila disebut lagu “Kain Pelikat” mesti akan teringat si Anuar ni waktu kecil-kecil dahulu. Namun berapa ramai antara kita sekarang yang pernah melihat atau mengingati rupa Anuar Zain suatu ketika dahulu?

Nah..untuk tatapan anda semua, jom layan gambar Anuar Zain sewaktu kegemilangannya bersama Elina suatu ketika dahulu di bawah:

Read more

Seksinya Umie Aida!

January 6, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Perkahwinan anak gadis Chef Wan iaitu bersama pasangannya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2009 yang lepas turut dihadiri oleh rakan-rakan artis termasuk Nurul dan Umie Aida. Walaupun sudah beberapa hari berlalu, namun MT ingin berkongsi gambar Umie Aida yang cukup seksi berkebaya sewaktu menghadiri majlis tersebut.

Mungkinkah ini fesyen terbaru yang ingin diperagakan oleh Umie Aida? Anda tengoklah sendiri ye..

Read more

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »

  • Recent Comments

    • Anje: allow all…….. ;) i xrti psl artikel nie sbb i bru up.. arp2 artikel ono mnrik
    • soffi: saya peminat cinta laura kerna dia cute….. ;) ;)
    • kayla: butuh ahhh metro jgn nak aibkan orang la artis pun human yg bukan artis buat lagi hebat VIP ke VVIP ke apasal...
    • budu bez: bkn cun pon pmpuan nh aku tgk.hrpkan putih+sexy jew..artiss kn..
    • jawa: dasar betina gatak puki..aduh bisanya :choler:
    • jawa: entahx tiz ni bkas pelacur kot….sahx kaki tonggang adalah species wanita jalang….
    • jawa: yak mmg kta perlu wise tp cube lihat keadaan muka bumi ni..dah nak kiamat…sume tanda kecil sdah kuar...
    • Mader: enjoy sakan kat overseas pun gambar boleh leak…
    • fatinsyahirah: lagu abg aiman mmg best.sya suka sngat masa abg aiman nyanyi.saya harap abg aiman kan terus...
    • syafiqa: slm.. syE mMg mnt btol ngn abg aiman sEjak dye msOk aKademi Nasyid.. sye arap abg aiMan dpt wt Konsert @ dtg...
  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site