Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Selamat Pengantin Baru Nor Aliah Lee & Zekri!

January 9, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



Selepas tiga tahun menjanda, akhirnya semalam, Nor Aliah Lee Abdullah atau nama sebenarnya, Vianney Anastasia Lee (Vee), 38 tahun, telah selamat dinikahkan dengan seorang duda dan juga , Muhammad Zekri Ibrahim (41).

Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10:20 pagi itu bertempat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara secara tertutup dan hanya dihadiri kira-kira 70 orang termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Zekri telah membawa 5 dulang hantaran iaitu wang hantaran berjumlah RM10,110 , senaskah kitab suci Al-Quran, barang kemas, tepak sirih dan telekung. Manakala pihak Vee pula membalas dengan 7 dulang hantaran iaitu senaskah Al-Quran, gula-gula, minyak wangi, potpourri, sirih junjung, aksesori dan juga cincin. Dengan sekali lafaz sahaja, Vee telah selamat menjadi isteri kepada Zekri dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Menurut Vee, dia memilih Zekri sebagai teman hidup kerana Zekri seorang lelaki yang baik dan anak-anaknya juga turut menyukai Zekri.

MT mendoakan semoga perkahwinan Vee kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Jadikanlah pengalaman sewaktu perkahwinan terdahulu sebagai pengajaran untuk membina kebahagiaan di masa hadapan.

Kredit Foto : The Malay Mail

Maiza Bakal Akhiri Zaman ‘Solo’ Februari Ini!

January 2, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan



, Maizawati khabarnya bakal menamatkan zaman solonya bulan Februari akan datang.

Apabila ditanya tentang gerangan lelaki itu, Maiza berkata cukuplah sekadar memberitahu bakal suaminya itu merupakan orang Sabah.

“Tunggu dan lihat… Insya-Allah, saya akan menjemput peminat yang selalu memberikan sokongan kepada saya selama ini untuk hadir ke majlis yang akan dilangsungkan di Ipoh, Perak nanti.

“Seperti yang dirancang, saya akan membuat majlis nikah dan bersanding tetapi setakat ini persiapan dilakukan secara ala kadar mengikut hukum,” ujarnya ketika menghubungi wartawan kelmarin.

Read more

Gambar Sekitar Majlis Berinai Besar Serina

January 2, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Majlis Berinai Besar berjalan seperti yang dirancangkan malam tadi sempena perkahwinan aktres jelita, dan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar. Majlis yang berkonsepkan tradisional Jawa dan fairy tale adalah gabungan hasil idea Serina dan bapanya Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan dengan sentuhan gubahan pereka kreatif, Datin Linda Rahim.

Menurut Linda, idea asal konsep pada majlis malam tadi adalah daripada pertembungan budaya timur dan barat sehingga tercetusnya ilham mengabungkan kesemua material yang ada menjadi satu.

Read more

Serina Sah Diijabkabulkan Hari Ini!

January 1, 2010 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Dengan sekali lafaz, aktres jelita Serina Redzuawan sah bergelar isteri kepada Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada pukul 11.30 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk masjid tersebut, Mohd. Nazarudin Mohd. Nazir dengan berwalikan bapa Serina, Chef Wan atau Redzuawan Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

Setelah selamat dinikahkan, Serina menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar. “Susah untuk mengambarkan perasaan saya selepas sah bergelar isteri, saya tak percaya sebab ia hanya sekali lafaz sahaja.

“Namun apa yang dapat dirasakan ialah Gavin melafazkan akad dengan ikhlas dan hati saya sangat tersentuh.

“Ini juga bermakna bermula satu tanggungjawab besar kepada saya untuk membimbing suami sebagai seorang Muslim.

“Saya bukanlah pandai fasal agama tapi Insya-Allah, saya akan sama-sama mencuba yang terbaik mempelajari ajaran Islam.

“Saya sangat berharap perkahwinan kami akan kekal ke akhir hayat,” kata Serina yang akan berbulan madu di Pulau Santorini, Greece.

Pada majlis itu, Serina menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM30,000 dan membalas kepada Gavin dengan sembilan dulang hantaran.

Antara barang hantaran yang diberi pihak Gavin kepada Serina terdiri dari sepersalinan baju, kain telekung, beg tangan, gelang tangan, cek bernilai RM30,000, Al Quran dan kek serta sirih junjung.

Manakala Gavin menerima Al-Quran, Telefon bimbit, tali leher, jam tangan, kemeja, minyak wangi, tali pinggang, kek dan sirih junjung.

Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis berinai besar pada malam ini di NEO, Jalan Sultan Ismail sebelum melalui majlis bersanding di The Royale Chulan malam esok.
Read more

Zizie Izette Berbulan Madu Ke Eropah!

December 31, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Zizie Izette

Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari ini.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Disember lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.

Read more

Habib Jewels Penyeri Perkahwinan Anak Chef Wan, Serina

December 31, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Tahniah MT ucapkan kepada pasangan Serina dan Gavin Edward O’luanaigh atau nama islamnya Salahudin Ghafar yang akan melangsungkan pernikahan esok. Dengar khabarnya, perkahwinan yang gilang-gemilang ini akan mendapat liputan meluas hingga ke luar negara. Kelas gitu!! Mungkin disebabkan itulah, ramai pihak yang tampil untuk memberi penajaan termasuk Habib Jewels dan Euromoda.

Habib Jewels bukan saja menaja barangan kemas untuk acara akad nikah malah turut melengkapi persalinan bersanding dan acara potong kek dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.

Menurut Pengurus Pemasaran Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya, kesemua koleksi yang bakal digayakan Serina adalah koleksi terbaru Habib.

“Serina bakal mengayakan koleksi terbaru yang mana rekaan-rekaan tersebut adalah koleksi tahun baru dan ia sangat bertepatan dengan majlis perkahwinan Serina yang dilangsungkan sempena pembukaan tahun 2010.

“Kami memilih perkahwinan Serina memandangkan Serina merupakan pelakon terkenal dan anak kepada selebriti dunia, Chef Wan, selain perkahwinan mereka juga mendapat liputan media luar negara.

“Selain Serina, Gavin dan Chef Wan turut ditaja pada majlis yang sama, Gavin bakal mengenakan butang pada baju melayu dan rantai, manakala Chef Wan akan mengayakan butang dan cincin rekaan terbaru,” kata Yasheeda.

Serina dan Gavin akan bernikah pada 1 Januari ini di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin RM1,000.

Pihak perempuan akan menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000 manakala pihak lelaki akan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Read more

Gambar Sekitar Majlis Persandingan Lan Kristal

December 9, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

(Lan – Vokalis Kristal) telah menamatkan zaman bujang nya dengan gadis pilihan hati iaitu Nur Sheila Hassim (Ain) baru-baru ini. Majlis pernikahan dan persandingan itu telah diadakan serentak di Puchong pada 6 Disember 2009 yang lepas.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis persandingan Lan Kristal untuk tatapan anda semua. Sama-samalah ktia doakan semoga perkahwinan mereka berdua ini berkekalan selamanya. Insya Allah…

Majlis Persandingan Lan Kristal

Majlis Persandingan Lan Kristal

Read more

Gambar Nurul Syuhada Nurul Ain Berbaju Pengantin

November 9, 2009 by MT  
Filed under Sensasi, Tempatan

Nurul Syuhada Nurul Ain

Meleleh MT tengok pose menarik pengacara Majalah 3, berbaju pengantin atau dengan kata lain berbaju kahwin. Cun kan Nurul Syuhada ni? Bertuahlah siapa yang dapat memiliki gadis ini. Mungkinkah ini petanda Nurul akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi? Who knows?

Siapakah bakal suami Nurul Syuhada ini? Mungkinkah Mejar Faiz? Seorang pelajar kolej swasta yang pernah digosipkan sebelum ini? Atau mungkinkah milik seorang VVIP? Kita tunggu….

Sebelum itu, jom layan pose cun dan menarik gambar-gambar berbaju pengantin di bawah:

Read more

Selamat Pengantin Baru Tam Spider Dan Aida Mustafa!

November 9, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi

Majlis Perkahwinan Tam Spider & Aida Mustafa

Pertama sekali, tahniah MT ucapkan kepada pasangan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafah dan Aida Mustafa di atas majlis perkahwinan yang diadakan semalam. Dimaklumkan lebih 1000 orang hadir di majlis yang diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas itu.

Dengan berkonsepkan tradisional dan moden, majlis bersejarah penyanyi itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M.Nasir.

Sebelum itu, Tam dan Aida selamat dinikahkan di sebelah paginya di Masjid Jamek Pekan Nanas.

Tam yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dengan perkahwinan tersebut.

“Saya akan menjalani hidup dengan isteri tercinta dan tetap akan meneruskan bidang nyanyian saya atas sokongan isteri,” kata vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Relaku Pujuk itu.

Majlis Perkahwinan Tam Spider & Aida Mustafa

Majlis Perkahwinan Tam Spider & Aida Mustafa

Kredit Foto : ABDUL RAHMAN EMBONG

p/s : Semoga jodoh Tam kali ini berkekalan hendaknya. Amin..

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

November 1, 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Majlis Resepsi pasangan Akhil Hayy dan Waheeda telah selamat berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam semalam. Pasangan yang cukup kontroversi ini telah dinikahkan pada 16 Ogos yang lepas dilihat cukup mesra sambil melayan lebih 2000 orang tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Dengan konsep pelamin ‘stail Moroccan’ yang diilhamkan oleh kawan baik Waheeda iaitu Aim dari Magical Touch, pengantin perempuan bergaya dengan jubah hitam bersama tudung dan ‘veil’ kuning serta solekan nipis dengan sentuhannya sendiri manakala penganti lelaki segak dengan jubah seluar hitam.

Secara gurau bertanya di mana kopiah Akhil, dengan selamba dia menjawab ‘pakaian bukan melambangkan keimanan seseorang’.

Namun begitu baginya, ‘inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini’.

“Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsiini.

“Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar,” tuturnya lagi.

Tahniah MT ucapkan kepada Akhil Hayy dan Waheeda! Cuma yang MT pelik, kalau dah ada pelamin, itu bukankah namanya ‘bersanding’? Jom layan beberapa keping gambar-gambar menarik sempena Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda yang telah diadakan semalam di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam di bawah:

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Majlis Resepsi Akhil Hayy & Waheeda

Kredit Foto : RAJA FAISAL HISHAN

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »

  • Recent Comments

    • Nila Dasima Bt Sulaiman: janganla bgtu…..Tkutla Kpd Allah…dia mlihat setiap yang kta lakukan
    • ez _nagashi: errrr good ……..gambar suma cute i singel just kidding :D
    • request gurlyyy: cantek doe cinta laura..tp aq rase lagi cantek aq..hehe…satu agi x elk doe pkai baju seksi.. :)
    • nad: i love this song very much…felling tol :love: …to aiman..chaiyok2…
    • nana: comel…aku ingat umo da 20+ upenye sebaye ngan aku jerk..huhuhu
    • akulelaki: kawin 8 bulan terus dpt anak,,,,,,,,,,,,
    • nany...: emm i da lme add die kt fb..tp die xapprove2 pn..sombong a.. :choler:
    • missPUAKA: kesian!!!!! dah wat slah bru nak mintak maaf!!!! jgn mintak maaf dgn manusia tapi dgn tuhan!!! remember...
    • missPUAKA: Biasa ler….. kalau x cukup ilmu agama+iman pun goyah1!!!! ranap ler akhlak anak2x melayu!!!!!:p
    • rasya: heloo..dat gal kat dlm swimming pool 2 bkn neelofa..name gal 2 A*******…dat gal also exgf nabil..huu~ 8)
  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site