Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

Sumpah! Farid Bukan Kekasih – Lisa Surihani

5 July 2009 by MT  
Filed under Sensasi






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Lisa Surihani
Pelakon , 23, bercinta dengan ! Itulah gosip hangat mengenai pelakon cantik yang mula popular melalui filem I’m Not Single pada tahun lalu.

Hubungan baik mereka dihidu wartawan ketika sama-sama muncul pada majlis hari raya tahun lalu.

Tak hanya itu, seterusnya mereka kelihatan bersama lagi dalam majlis lain. Maknanya, ada yang mula mencanang kononnya mereka bercinta.

Lisa pernah menafikan cinta itu. Namun ada yang menganggap ia sekadar mahu menutup cerita cinta atau dalam kata lain mahu cover line.

Bagaimanapun, baru-baru ini, ada yang mendakwa hubungan cinta Lisa dan Farid kononnya sudah putus.

Semuanya kerana mereka berdua tidak lagi kelihatan menghadiri mana-mana majlis undangan.

Pertemuan wartawan dengan beliau baru-baru ini merungkai kisah di sebalik gosip tentang mereka berdua.


Apa sebenarnya hubungan kamu berdua?

Hanya kawan. Saya pernah beberapa kali mengatakan kepada wartawan, kami hanya kawan. Tetapi, masih ada juga mengatakan kami bercinta.

Atau anda masih mahu berahsia tentang kisah cinta?

Sumpah! Farid bukan kekasih saya. Di antara kami berdua tidak pernah bercinta. Yang menganggap kami berdua bercinta ialah orang lain. Hanya kerana melihat kami sering bersama ke merata majlis, ada menyangka kami ada hubungan cinta. Padahal, kami berdua di bawah satu bumbung (MIG Metrowealth). Jadi, ada waktunya kami diatur untuk bersama-sama menghadiri undangan. Selain itu, kami pernah bekerjasama untuk filem I’m Not Single, Rempit V3, drama bersiri Tiga Janda dan terbaru filem Lagenda Budak Setan (terbitan Tarantella Pictures). Mungkin itu membuat gosip tentang kami bertambah hangat. Kami hanya sahabat baik. Peliknya, timbul isu mengatakan kami dah putus. Kalau tak bercinta, macam mana putus? Kami masih baik. Macam saya cakapkan tadi, dia sahabat baik saya.

Sahabat baik? Apa yang membuatkan kamu mengatakan dia sahabat baik?

Ya, dia bukan saja kawan semasa di lokasi tetapi di luar lokasi kami berbaik. Bahkan, semasa Allahyarham ayah saya (Mohamed Mahbob, 60.) sakit (kanser hati) pada tahun lalu, dia kawan yang kerap melawat dan bertanya khabar sampailah ayah saya pergi. Dia menunjukkan sikap ambil berat. Kalau kami tak jumpa, kami ada berhubung di telefon.

Orang kata persahabatan yang baik di antara lelaki dan perempuan itu, kadang kala boleh membangkitkan rasa cinta. Apa pendapat kamu?

Saya pernah melalui keadaan itu. Sebetulnya, saya tak suka nak bercerita hal peribadi kepada wartawan. Tapi nampaknya, soalan demi soalan kamu cuba mencungkil kisah lama saya. Okeylah, saya mengaku yang saya pernah bercinta lapan tahun lamanya dengan seseorang. Saya kenal bekas kekasih semasa kami sama-sama bersekolah. Tapi apa nak buat, mungkin dah tak ada jodoh. Hubungan itu tidak berkekalan. Dua tahun lalu, kami putus. Dia bukan artis. Orang biasa saja. Kini, kami berdua hanya kawan. Kadang-kala, dia ada juga call. Tentang baiknya saya dengan Farid, saya tak berani komen. Saya tak nampak kami ke arah itu (cinta) sekarang ini.

Atau mungkin kamu berharap untuk kembali bercinta dengan bekas kekasih?

Sebenarnya saya takut nak cakap lepas atau cakap besar. Takut kalau kata tak nak, kalau ia terjadi macam mana? Senang cakap, saya tak memikirkan soal itu semua.

Ada artis suka bercinta sesama artis. Katanya, senang. Sama-sama dalam satu bidang. Apa komen kamu?

Macam yang saya cakap tadi, ini soal takdir. Kalau ditakdirkan pasangan saya ialah artis, saya tak boleh menolak. Tapi senang cakap, pada waktu sekarang saya belum mahu mengenali cinta. Apa yang buat saya berasa gembira, kebelakangan ini, rezeki saya murah. Saya dapat banyak tawaran berlakon. Bukankah bagus saya simpan duit dan buat harta? Saya seperti orang lain, mahu mencintai dan di cinta. Tapi rasa-rasanya bukan sekarang.

Adakah kamu juga mencari lelaki kacak untuk dijadikan kekasih? Atau mahu keluarga mencarikan jodoh?

Saya tidaklah berangan-angan nak mempunyai kekasih yang kacak. Tetapi kalau ditakdirkan saya jumpa kekasih yang good looking dan menarik, itu rezeki saya. Lebih istimewa, kalau lelaki itu menarik diluar dan hatinya. Kalau itu yang saya dapat, ia ibarat bonus. Tapi pada waktu ini, macam yang saya cakap tadi, saya tak mencari-cari. Saya masih belum memikirkan hal ini. Lagipun, dalam keluarga saya, abang sulung saja yang sudah kahwin. Saya anak keempat dalam lima beradik. Saya anak tunggal perempuan. Bahkan, ibu (Siti Amira Ahmad, 59) juga tidak memaksa saya agar lekas kahwin atau bercinta. Ibu memahami saya dan karier.

Kamu marah bila wartawan menulis gosip tak betul tentang cinta kamu?

Tidak. Saya akan bercakap yang benar bila mereka bertanya. Tapi kalau ada yang mahu terus bercakap yang tidak benar (terus bergosip), saya tak perlu melatah atau melenting. Macam yang saya lakukan sekarang, saya menjelaskan hal sebenarnya.

Blog Widget by LinkWithin

Another interesting posts:

  1. Lisa Surihani dan Farid Kamil Dalam Lagenda Budak Setan?
  2. Gambar Farid Kamil Menggatal Dengan Lisa Surihani?
  3. Jehan Miskin Serik Bercinta?
  4. Kekasih Sebenar Qabil Ambak Bukan Fasha Sandha??
  5. Gambar Lisa Surihani Tanpa Mekap – Tetap Cun!
  6. Zizie Ezette Putus Cinta??
  7. Tony Eusoff dan Dawn Marie Jeremiah Bercinta?
  8. Maya Karin Ajak Suami Bercuti Ke Tioman
  9. Pengakuan Cinta Juliana Evans dan Sam Bunkface
  10. Lagi Kisah Pernikahan Zamarul Hisham & Diana Rafar
  11. Gambar Johan Raja Lawak Peluk Ozlyn Wati
  12. Majlis Kahwin Nana Besar-Besaran?
  13. Anu Dalam Botol Bukan Filem Porno – Raja Azmi
  14. Kami Serius Tapi Belum Rancang Untuk Kahwin – Memey Suhaiza
  15. Jamal – Fatimatuzahra Sah Bercerai Talak Satu
  16. “Hubungan Saya Dan Norman Tak Perlu Dikongsi!” – Memey
  17. Rini AF7 Sudah Bertunang?
  18. Lagi Kisah Cinta Johan Raja Lawak dan Ozlyn Wati
  19. Natasha Hudson Bercerai Lagi!
  20. Gambar Kekasih Baru Diana Amir


Your Ad Here

-->
Your Ad Here

--> -->

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments

  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site