Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

Sinopsis Filem 2012

17 November 2009 by MT  
Filed under Filem, Luar Negara, Meletop!!, Sensasi






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Filem 2012

Sudahkah anda menonton terbaru, 2012? Kalau belum, cepat-cepatlah dapatkan tiket wayang di berdekatan ye. Bukan ape, citer ni best! Kawan siap 2 kali lagi pergi ke wayang sebab nak tengok tau. Kepada anda yang belum lagi menonton ini, kat sini huraikan sedikit untuk rujukan anda. Manalah tahu kan lepas baca nanti terasa pula nak menjengah .

Penceritaan ini bermula dengan babak yang berlokasi di India bila seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), menemukan fakta bahawa inti dari perut bumi mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).

Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi bakal hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat.

Atas dasar perhitungan itulah, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), sahabat Dr Satnam, membuat laporan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).


Filem 2012

Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010. Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa bumi akan dilanda musibah besar kerana inti bumi yang terus memanas.

Sejak perkhabaran itu, mulailah sebuah rencana besar. Semua negara sepakat memilih China sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar. Barangkali mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba.

Sementara itu, turut dipaparkan kisah lain tentang kehidupan Jackson Curtis (John Cusack) penulis buku berjudul ‘Farewell Atlantis’. John telah datang ke rumah bekas isterinya, Kate Curtis (Amanda Peet), untuk menjemput anak mereka, Noah (Liam James) dan Lily (Lily Morgan), berkemah.

Mereka tiba di lokasi perkemahan Yellowstone dengan menaiki limosin. Namun, setibanya di sana ada tanda larangan masuk menuju danau Yellowstone tapi Curtis dan kedua-dua anaknya nekad menceroboh larangan itu.

Di sana mereka terperanjat kerana danau tersebut tiba-tiba lenyap kerana pemanasan bumi.

Ketika sedang berkemah, Curtis bertemu penyiar radio bernama Charlie Frost (Woody Harrelson), yang mempunyai penampilan seperti orang gila. Charlie memberitahu bahawa bumi akan segera dilanda bencana dahsyat. Charlie juga mendakwa dia mempunyai peta lokasi pesawat yang boleh menyelamatkan manusia dari bencana itu.

Curtis terpaksa pulang lebih cepat kerana Kate sedang trauma kerana dia baru saja mengalami gempa. Setelah anak-anak kembali ke rumah ibunya, Curtis kembali bertugas menghantar anak kembar bosnya, Yuri Karpov (Zlatko Buric).

Filem 2012

Curtis mulai mempercayai ramalan Charlie tentang kiamat apabila dia menyaksikan jalan di bandar terbelah kerana gempa. Curtis mengambil jalan pintas menyewa pesawat dan seorang juruterbang untuk menyelamatkan keluarganya dengan bayaran jam tangan mahal miliknya.

Babak suspen bermula dari sini bila Kiamat yang diramalkan banyak pihak benar-benar terjadi dan ianya dimulai dari gempa bumi di mana-mana.

Tanpa membuang masa, Curtis terus menjemput Kate dan anak-anaknya.

Setelah berhasil menyelamatkan keluarganya dan teman lelaki Kate, Gordon Silberman (Tom McCarthy), Curtis segera memecut limosinnya ke bandar.

Di sini adegan agak mencemaskan, bila penonton terpaksa menahan nafas melihat mobil mewah meliuk-liuk, cuba menghindari gedung-gedung yang ranap, bangunan tersembam ke bumi serta jalanan yang merekah dan ternganga luas kerana gempa yang maha dahsyat.

Rombongan Curtis sempat tiba di bandar tapi juruterbang yang disewa Curtis tewas. Akhirnya, Gordon yang pernah mengikuti kursus penerbangan mengambilalih dan membawa pesawat itu. Dari dalam pesawat mereka melihat bencana yang luar biasa….semuanya hancur luluh dan binasa.

Di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat. Pemerintah pun segera melakukan usaha menyelamat. Dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk ‘dievakuasi’ ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya.

Filem 2012
Akhirnya sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih.

Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan terjadi di mana-mana di seluruh dunia…bumi hancur, sehancurnya.

Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar sejauh ribuan batu dari lokasi semula.

Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju “Bahtera Nuh” yang dibuat.

Tanpa disangka Curtis dan keluarganya selamat mendarat di China menggunakan pesawat Antonov yang dibawa Shasha, anak buah Yuri, dengan dibantu oleh Gorgon.

Rombongan Curtis kemudian ditinggalkan oleh Yuri dan anak kembarnya kerana mereka ada tiket naik ke kapal besar tersebut. Dalam saat berputus harap, Curtis dan keluarga, seorang sami yang sedang menuju ke bahtera raksasa itu menolong menumpangkan mereka.

Adegan cemas dan debaran dirasakan di saat ini apabila pintu kapal dibuka secara mendadak, dan mengorbankan Gordon. Tapi saat pintu kapal hendak ditutup lagi, sebuah perkakas jatuh dan mengganjal roda penggerak pintu. Mereka yang di dalam kapal panik kerana mesin tidak boleh dihidupkan jika pintu masih terbuka. Di saat itulah, sebuah tsunami setinggi gunung sudah bergerak pantas menuju ke arah kapal …..

Nak tahu pengakhiran ini? Kena lah pergi tau! Nanti kalau letak kat sini kang korang tak nak pergi pula. Hehe.. Jangan marah :p

Blog Widget by LinkWithin

Another interesting posts:

  1. Sinopsis Filem G.I. Joe – The Rise Of Cobra
  2. Sinopsis Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy
  3. Sinopsis Filem Jangan Tegur
  4. Sinopsis Filem Talentime (2009)
  5. Sinopsis Filem Fast & Furious 4
  6. Gambar Sharifah Amani Bersama Kekasih Mat Salleh, Gavin
  7. Fakta Menarik tentang Filem Talentime
  8. Kutipan Filem Papadom Berjaya Atasi Jin Notti dan Momok!!
  9. Filem Remp-It V3 Diharamkan?
  10. Filem Sayang You Can Dance Membosankan!
  11. Filem Terbaru Upin dan Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula…
  12. Anu Dalam Botol Bukan Filem Porno – Raja Azmi
  13. Nash Kini Bercinta Dengan Betty Benafe!
  14. Sinopsis Slot Samarinda TV3 – Kala Hati
  15. Gambar Panas Kakak Heliza AF5 Bersama Kekasih!
  16. Bukti Karyawan Indonesia Penciplak – Poster Filem Yang Jadi Mangsa?
  17. Dayana Anak Wayang Kena Raba??
  18. Teman Lelaki Baru Wana MyStarz LG Ke Ni?
  19. Aein Kembar Ekin Sudah Sedia Dirikan Rumahtangga
  20. Akhil Hayy & Maizawati Sah Bercerai Talak Satu


Your Ad Here

-->
Your Ad Here

--> -->

Komen

Satu Komen to “Sinopsis Filem 2012”
  1. ohdawie says:

    Salam..bro,aku ader amek sinopsis kt blog ko utk ltk dlm entri trbaru aku..aku ader linkback kt blog ko blk..

    [Reply]

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments

  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site