Single Terbaru Faizal Tahir – BenCinta
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Kami yakin ramai yang sudahpun mendengar lagu terbaru daripada penyanyi lelaki paling hangat Malaysia, Faizal Tahir. Lagu yang berjudul “Bencinta” itu sudahpun diputarkan di corong-corong radio dan seperti biasa, semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik tanah air.
Seperti kebanyakan lagu-lagu hit Faizal, “Bencinta” turut menerima sentuhan keramat komposer tersohor Audi Mok dan lirik penuh maknanya pula oleh Faizal dan Audi sendiri. Lebih menarik lagi, Faizal juga berpeluang mencipta serta menggubah lagu ini bersama-sama dengan Audi Mok. Lantas, sudah tentu hasilnya segah lagu-lagu popularnya sebelum ini.
Tidak perlu kita sangkalkan lagi kebolehan Faizal dalam menghasilkan lirik-lirik yang tulus dan luhur seperti yang pernah dibuktikan dahulu lewat lagu-lagu berhantunya “Sampai Syurga” serta “Cuba”. Kedua-dua lagu tersebut berjaya meraih perhatian pencinta muzik negara, malah “Sampai Syurga” turut menerima pengiktirafan penuh berprestij kala dinobatkan Anugerah Juara Lagu ke-23 kategori Balada.
Kali pertama mendengar tajuk single terbaru Faizal ini anda mungkin berfikir bahawa nama lagunya adalah “Bercinta” sedangkan judul lagu ini sebenarnya adalah “Bencinta” – hasil gabungan dua perkataan iaitu benci dan cinta.
Buat anda yang belum lagi mendengar alunan melodi “Bencinta”, ingin kami maklumkan bahawa muzik yang dipaparkan dalam lagu ini juga seunik tajuknya. Berbeza dengan kesemua lagu-lagu hit Faizal sebelum ini yang berentak rock balada, “Bencinta” lebih rancak dan gubahan muzik rocknya jauh lebih terserlah. Ini diserikan lagi dengan kata-kata hikmat yang menceritakan pembauran perasaan cinta dan benci terhadap seseorang pada masa yang sama. Ternyata, lirik yang ditaburkan oleh Faizal dan Audi ini pasti ada kena-mengena dengan kisah percintaan ramai insan di luar sana.
Another interesting posts:
- Download Lagu Faizal Tahir – BenCinta
- Lirik Lagu Faizal Tahir – BenCinta
- Gambar Imej Terbaru Faizal Tahir
- Faizal Tahir Diharamkan Oleh Stesen Radio?
- Faizal Tahir Muntah Darah!!
- Rumahtangga Faizal Tahir Bergolak?
- Faizal Tahir Jalani Pembedahan!
- Faizal Tahir Buat Hal Lagi?
- Faizal Tahir Telan ‘Painkiller’ Demi Peminat Untuk AJL24
- Single Terbaru Altimet – Mimpi
- Faizal Tahir Gagal Ke APM Kerana Hutang PTPTN!
- Avamon Dari Romania Nyanyikan Lagu Alyah dan Faizal Tahir!
- Siapakah Bakal Dinobatkan Juara AJL24?
- Gambar Faizal Tahir Sewaktu Minggu Setiausaha PNB Darby Park
- Nurfatimah Berduet Dengan Diddy AF4?
- Faizal Tahir Dapat Baby Baru…
- Haziq AF4 Berentap Dengan Datuk Siti Nurhaliza?
- Jualan Album Baru Mawi Tak Sehebat Dulu
- Hujan Diterima Baik Di Indonesia
- Gambar Terbaru Fida, Bintang Pantene












i xrti psl artikel nie sbb i bru up.. arp2 artikel ono mnrik
