Sekali Lagi Imuniti Milik Tomok OIAM3
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Seperti yang dikatakan Tomok, sehingga kini dalam sejarah One In A Million (OIAM) tiada lagi peserta yang berani mengambil risiko menyanyikan lagu juri. Tetapi semuanya itu berubah malam tadi apabila dia tampil dengan lagu hit Syafinaz, “Ingin Bersamamu”.
Penyampaian Tomok jauh berbeza dari nyanyian asal. Dan walaupun gubahannya tidak digemari juri undangan Francesca Peters, namun Paul Moss dan Syafinaz memuji usahanya. Risiko yang diambil nampaknya membuahkan hasil apabila dianugerahkan imuniti buat kali kedua.
Bagi Tomok, formula bagi mendapatkan imuniti adalah untuk menjadikan sesebuah lagu itu milik penyanyi.
“Pemilihan lagu juga amat penting. Lagu tersebut harus sesuai dengan suara kita. Seperti malam ini, hasilnya mungkin menjadi, mungkin tidak. Jadi benda ini ada risikonya yang perlu saya tanggung. Ia bergantung pada penyampaian.”
Tidak melihat pemilihan lagu Syafinaz sebagai satu taktik untuk mendapatkan lebih perhatian, baginya “Ingin Bersamamu” sama seperti lagu-lagu lain yang dipersembahkan malam ini.
“Ia (penganugerahan imuniti) bergantung pada persembahan siapa yang terbaik. Tidak semestinya lagu itu lagu juri.”
Jika di imbas kembali, kemenangan imuniti Tomok sebelum ini juga bersandarkan sebuah lagu rancak, “La La La Kerjalah” oleh Meet Uncle Hussain. Apabila dicubanya mempelbagaikan pembawaan genre lagu, hasilnya kurang memberangsangkan, seperti yang dilihat pada minggu lepas, di mana dia telah mendendangkan sebuah ballad oleh Melly Goeslaw berjudul “Gantung”.
“Ada batasan kepada apa yang boleh saya lakukan. Apa yang saya pandang sekarang adalah cara untuk menarik perhatian juri, buat apa yang mereka suka. Ia juga datang dari Aubrey (Suwito, pengarah muzik OIAM3). Tapi iya-lah, saya tidak mahu dilihat sebagai hanya mampu membawa lagu pantas. Mungkin saya belum lagi mendapat lagu yang sesuai. Tapi saya akan cuba membuat sesuatu yang lain dan membawa perubahan.”
Ditanya jika ada perancangan untuk menyanyikan lagu popular Newboyz, “Sejarah Mungkin Berulang” yang diubah arrangement-nya, Tomok menjawab, “Ia terlalu sinonim dengan New Boyz. Buat sementara ini, ketika di dalam pertandingan, saya ingin berdiri atas nama sendiri.”
Bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan persembahan Tomok malam tadi, ini dia sejambak kasih buat anda semua:












:p
8)
