Sazzy & Dira Bergaduh Tentang Undian Sehati Berdansa 3?
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!
Jika anda mengikuti rancangan Sehati Berdansa Musim ke 3, semestinya anda mengenali Sazzy dan juga Dira kan? Mereka berdua merupakan peserta Sehati Berdansa Musim Ke-3 yang sedang hangat ke udara di Astro Ria malah mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Masing-masing mempamerkan persembahan yang cukup bagus sepanjang program itu berlangsung dan untuk minggu ke-4, tema yang digunakan adalah Malam Pesta Muda Mudi.
Sazzy bersama pasangannya telah mendapat markah yang tertinggi dari pihak juri manakala sebaliknya untuk pasangan Dira. Namun begitu, mengikut undian terkini yang MT dapat dari laman web Astro, Dira mendapat undian paling tinggi iaitu 22% manakala Sazzy pula di tempat ke-6 sebanyak 12%. Keputusan undian ini cukup mengundang ketidakpuasan di hati Sazzy dan disampaikan melalui Note Facebook beliau sendiri.
Menurut Sazzy, apa yang dinyatakan beliau itu tidak ditujukan kepada rancangan Sehati Berdansa tetapi kepada rancangan realiti tv yang lain secara umum, namun kami sebagai penonton tidak boleh diperbodohkan. Apa lagi rancangan realiti yang disertai oleh Sazzy kalau bukan Sehati Berdansa Musim ke-3 kan? Sazzy dikatakan menuduh Dira menggunakan kaum keluarga dan kawan-kawan untuk meraih undi sehingga Dira mendapat undian paling tinggi.
Dira kemudian menjawab balik juga di bahagian Note Facebooknya tentang dakwaan yang dilemparkan oleh Sazzy itu. Katanya semua tuduhan itu tidak benar dan dia datang dari keluarga susah, ibu bapa tak tahu pun tentang sms-sms ni. Pening kepala MT melihat mereka berdua ni bergaduh hanya disebabkan undian. Alahai… apa yang nak dikecohkan? Ada duit boleh la undi, tak ada duit duduk rumah depan tv diam-diam, betul tak?
Dalam mana-mana rancangan realiti pun, kaum keluarga dan kawan-kawan mesti ada yang tolong undi kan? So apa masalahnya ni? Itu pun nak jadi isu ker? Korang bergaduh macam mana pun, Astro juga yang untung kan? Undian yang banyak-banyak tu siapa yang dapat? Astro juga kan? Korang apa yang dapat? Menang sorak je la….
Sorry la kalau apa yang MT katakan itu menyakitkan sesiapa yang membaca tetapi fikir secara rasional la please… Tak usahlah gaduh-gaduh disebabkan perkara kecil ini nanti akhirnya memakan diri sendiri juga di kemudian hari. Dah la MT cukup minat dengan mereka berdua ni, jadi tak best la bila tengok korang ni bergaduh.


Another interesting posts:
- Gambar Sazzy Falak Bertudung Dalam Rosli Dhobi
- Gambar Fiza Falak, Adik Sazzy Falak Yang Cun
- Best Tak Suara Diana Danielle?
- Cafe Akhil Hayy ‘Direhatkan’ Sementara
- Chef Wan Bakal Muncul Tetamu Undangan Oprah Winfrey!
- Koleksi Gambar Azura Abu Samah, Pengacara TV9
- Gambar Terbaru Erra Fazira dan Engku Emran Bersama Anak, Engku Aleesya
- Gambar Adik Natasha Hudson, Tania Hudson Yang Cun Melecun
- Natasha Hudson Bercerai Lagi!
- Tahniah! Lisdawati & Fauzi Dapat Baby Girl!
- Aein Kembar Ekin Sudah Sedia Dirikan Rumahtangga
- Gambar Abby Abadi Bertunang??
- Gambar Farah Fauzana Tanpa Mekap!
- Kekasih Sebenar Qabil Ambak Bukan Fasha Sandha??
- Kutipan Filem Papadom Berjaya Atasi Jin Notti dan Momok!!
- Gambar Panas Sharifah Jasmine Soraya, Peserta Gadis Melayu Musim Ke-2 Bersosial!
- Gambar Nor Aliah Lee Kahwin?
- Pose Manja Tunku Tiara Yasmin Sofia A.K.A Quiara
- Mamat Exists Sebenarnya Sudah Bercerai!
- Kekasih Gelap Mamat Exists??











