Sah!! Engku Emran Tinggalkan Suria FM!
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Khabar angin kuat bergoncang beberapa hari lepas mengatakan Engku Emran, suami kepada Erra Fazira bakal meninggalkan Suria FM. Siap Kak Pora, wartawan Berita Harian turut menyelitkan tentang gosip ini. Tak percaya? Jom kita ikuti hasil tulisan Kak Pora yang sedikit sebanyak memberi hint kepada MT bahawa mangsa gosip Kak Pora kali ini adalah Engku Emran.
SUDAH lama Kak Pora terdengar cerita kelakuan `lalok’ orang kuat di sebuah stesen radio ini. Bagaimanapun, ceritanya kejap timbul, kejap tenggelam, jadi Kak Pora abaikan saja. Bagi Kak Pora, manusia rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Kadang kala Kak Pora tergelak sendiri mendengar cerita ideanya yang macam syok sendiri.
Bayangkan punya nak mengena anak buah, orang kuat stesen tu suruh pakai misai Datuk K ketika menemubual Datuk Siti Nurhaliza dalam satu segmen baru-baru ini. Apa sebab nak buat macam itu, bukan keluar TV pun, sampaikan Siti Nurhaliza dikatakan rasa tak selesa. Bukankah lawak bodoh namanya!
Khabarnya, anak buah sudah lama tertekan dengan idea bos yang entah apa-apa, lebih banyak menyusahkan. Dari dulu Kak Pora tengok seorang demi seorang anak buahnya angkat kaki. Ingatkan sebab tak tahan dengan bebanan kerja, sebaliknya Kak Pora dengar ramai tak tahan dengan perangai orang atasan ni. Khabarnya si dia ni pun akan `blah’ juga tahun ini, dapat tawaran kerja baru, tak pastilah pula kerja apa. Kak Pora juga dengar rungutan, anak buahnya tunggu masa si dia ni angkat kaki saja, dapatlah hidup tenteram sikit.
Dengar cerita si dia ni sudah mengeluarkan notis larangan merokok, siap tulis `Dilarang merokok di sini, kalau tak didenda RM10,000’. Macam nak terburai perut dibuatnya, siapa dia boleh senang-senang nak denda orang sampai RM10,000? Nak kata bergurau, tapi nadanya serius. Begitulah tahap kronik perangai si dia ni!
Sudahlah bulan puasa lalu kerah anak buah berniaga, kononnya nak bagi duit raya. Ada yang rasa macam terpaksa menagih simpati orang pula disebabkan nak duit raya. Yalah, mereka pun bukan hairan sangat, tiada duit raya pun tak apa, asal gaji bulan dapat, tapi idea si ketua ni memang menyusahkan. Orang lain bulan puasa nak berehat, tapi anak buahnya terpaksa buat kerja sampingan lain, selain kerja yang sedia ada.
Ada yang anggap bila berniaga, seolah-olah menyekat rezeki peniaga di situ, yalah mereka siap bawa artis popular kononnya nak melariskan hasil jualan, kasihan tengok artis popular yang terpaksa turun padang sebagai umpan. Khabarnya mulanya kebanyakan artis tak pernah pun bagi kata putus nak datang, tapi dah dihebohkan dalam surat khabar, jadi nak tak nak, terpaksalah tunjuk muka.
Kak Pora harap ketua stesen radio ini ubahlah perangainya itu. Kak Pora cuma sampaikan rungutan juruhebah yang bertugas di stesen radio berkenaan saja sebab mereka akui dah tak tahan dengan perangai bos mereka.
MT risau juga hendak keluarkan tentang perkara ini beberapa hari lepas kerana kesahihan berita pengunduran Engku Emran ini belum dipastikan 100%. Namun semalam akhirnya Engku Emran sendiri mengaku bahawa beliau akan meninggalkan Suria FM untuk menyertai sebuah organisasi media tempatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
“Cakap-cakap itu memang betul. Malah saya telah mendapat tawaran itu pada awal bulan Ogos. Saya telah membuat keputusan untuk mengambil tawaran tersebut pada September lalu selepas berbincang dengan keluarga dan berfikir semasak-masaknya,” katanya kepada wartawan.
Engku Emran bagaimanapun enggan mendedahkan nama organisasi media berkenaan kerana pengumuman rasmi mengenainya masih belum dibuat oleh majikan barunya itu.
“Ia bukan stesen radio tetapi organisasi media dalam bentuk yang lain,” katanya lagi sambil menambah bahawa hasratnya untuk meletakkan jawatan telah disuarakan kepada Lembaga Pengarah Suria FM pertengahan bulan lepas.
Ditanya sama ada penghijrahan beliau adalah untuk menggantikan CEO yang bersara di organisasi baru itu, Engku Emran berkata, organisasi baru itu tidak mempunyai CEO.
Beliau menyifatkan penghijrahannya sebagai suatu keputusan yang amat sukar kerana Suria FM yang diketuainya hampir empat tahun bagaikan anaknya sendiri.
Malah katanya, staf Suria FM adalah satu famili yang amat dihargainya.
Mengenai penggantinya di Suria FM, Engku Emran berkata beliau tidak dapat mendedahkan calon-calonnya walaupun terlibat dalam proses pemilihan.
“Saya serahkan keputusan ini kepada Lembaga Pengarah Suria FM,” katanya yang berterima kasih kepada Lembaga Pengarah Suria FM, Kumpulan The Star Publictions dan para media yang telah membantu meletakkan Suria FM antara stesen radio utama negara kini.
Engku Emran berharap Suria FM akan terus berkembang maju di bawah pucuk pimpinan yang baru.
Berhubung rancangan serta pembaharuan yang bakal dibawa di organisasi baru itu, Engku Emran berkata beliau mempunyai beberapa idea tertentu.
“Saya tidak mahu terburu-buru untuk melakukan perkara yang baru kerana saya harus menilai syarikat itu dari semua sudut. Yang penting apa-apa keputusan yang saya akan buat nanti telah dikaji selidik dan difikirkan semasak-masaknya.”
Pesanan MT kepada Engku Emran, jangan buat idea pelik-pelik lagi dah la ye nanti ada pula orang yang meluat. Contohnya seperti gambar di bawah yang mungkin menyinggung perasaan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K:

Another interesting posts:
- Gambar Terbaru Erra Fazira dan Engku Emran Bersama Anak, Engku Aleesya
- Erra Fazira Dijangka Bersalin Hari Ini!
- Gambar Dang Suria Peluk Erat Teman Lelaki
- Gambar Engku Aleesya, Anak Erra Fazira
- Erra Bersyukur Selamat Lahirkan Aleesya
- Waheeda Nekad Tinggalkan Dunia Seni!
- Akhil Hayy & Maizawati Sah Bercerai Talak Satu
- Gambar Panas Anak Datuk K Bersosial Bersama Kekasihnya, Sophia
- Gambar Terkini Adam, Anak Angkat Misha Omar
- Tahniah! Lisdawati & Fauzi Dapat Baby Girl!
- Dayana Anak Wayang Kena Raba??
- Faizal Tahir Diharamkan Oleh Stesen Radio?
- Giliran Rizu Tinggalkan Pentas OIAM3
- Giliran Farhana Tinggalkan Fabulous Cats
- Maizawati Bakal Dikahwini Teruna 22 Tahun??
- Eja Sedia Kenalkan Baby Girl, Nur Eishal 3 Disember Ini!
- Sharifah Zarina Kini Mengandung 5 Bulan!
- Gambar Nur Eishal, Baby Girl Eja
- Gambar Terbaru Wann, Penyanyi 90-an
- Ayah Diddy AF4 Selamat Disemadikan












