Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

‘Pengganti Cinta’, lagu Irwansyah Untuk Acha Septriasa?

21 April 2009 by MT  
Filed under Sensasi






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Irwansyah
DALAM pada orang lain masih mencari-cari punca putus cinta antara dan , penyanyi popular lagu Pencinta Wanita ini tetap menyepi dan hanya meluahkan perasaannya dalam gubahan lagu.

berkata dia lebih suka menggubah lagu saat dirinya cuba melupakan Acha dan tempoh itu memakan masa kira-kira lapan bulan.

“Dalam tempoh saya putus cinta dengan Acha, saya tidak lalu makan dan susah hendak menumpukan kepada kerja di luar tetapi tidak sampai sehingga hendak membunuh diri.


“Saya hanya mengambil masa dalam lapan bulan untuk cuba melupakan kenangan dengan Acha tetapi dalam masa yang sama saya telah menghasilkan beberapa buah lagu.

“Antaranya adalah yang dijangka akan dimuatkan dalam album terbaru saya nanti,” kata ketika ditemui di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Walaupun nampak penat selepas berhempas-pulas dalam sebuah show di Indonesia pada dua hari lalu, tetap tampak ceria ketika ditemubual dalam satu sidang media yang diatur oleh pihak Warner Music Malaysia.

Irwansyah
Dia bakal menjayakan majlis makan tengah hari bersama 20 lelaki popular di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur pada 22 April ini, pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Selain , artis lain yang turut menjayakan majlis tersebut adalah penyanyi Faizal Tahir, Imran Ajmain, Rio Febrian, Delon (Indonesian Idol), hos AC Mizal, Afdlin Shauki, Ally Iskandar, pelakon Samuel Rizal (Indonesia), Didi Riyadi (Indonesia), Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal, Aaron Aziz, Ashraf Muslim, Iqram Dinzly, Arifin Putra (Indonesia), Aqasha, Kamal Adli dan Fizow Omar.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyanyi wanita iaitu Jaclyn Victor dan Azharina sebagai penampilan istimewa.

Dalam keceriaan yang dipamerkan oleh , dia bagaikan acuh tidak acuh sahaja ketika menjawab pertanyaan tentang Acha.

Bagaimanapun, hero filem ‘Heart’ ini akui sangat sayang dengan Acha tetapi disebabkan faktor tertentu hubungan cintanya tidak kesampaian.

Sebelum ini, dia pernah memberitahu yang faktor cinta jarak jauh tidak akan menjadi masalah kepada hubungan cinta mereka tetapi kali ini dia terpaksa akur dengan sebab itu.

“Saya akui, kejauhan adalah faktor kami putus cinta. Tetapi ada sebab lain juga yang kadangkala saya sendiri tidak tahu puncanya. Mungkin sebab Acha sudah bertemu dengan lelaki lain,” katanya lagi.

Kesan daripada pengajaran cinta lalu, nekad untuk mencari pasangan dari kalangan wanita biasa dan menetap di Indonesia sahaja.

Blog Widget by LinkWithin
Your Ad Here

-->
Your Ad Here

--> -->

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments

  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site