Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

Nita Malaysian Idol Keluar Modal Sendiri Buat Album?

28 March 2009 by MT  
Filed under Sensasi






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Nita M'sian Idol
SEJAK muncul dengan album sulungnya kira-kira dua tahun lalu, karier nyanyian naib juara Malaysian Idol musim kedua ini dilihat cukup ’suram’.

Single ‘Kusut’ dan ‘Aku’ yang dipertaruhkannya juga tidak banyak membantu Norhanita Hamzah atau mesra dengan panggilan untuk melonjakkan lagi karier seninya.

Jika tidak kerana tawaran mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan makan malam yang banyak membantu penyanyi ini terus ‘hidup’, sendiri tidak tahu ke mana halatuju kariernya akan pergi.

Meskipun kisah cintanya dengan juara musim kedua (AF2), Zahid berjaya membuatkan populariti tidak pernah pudar, namun jauh di sudut hatinya, bukan cerita seperti itu yang diharapkan tuan empunya diri untuk terus bertahan di dalam bidang ini.

“Sebab itu saya lebih suka ‘mendiamkan’ diri saja sejak kebelakangan ini. Ramai juga yang bertanya kenapa saya agak senyap, tetapi saya lebih selesa seperti ini…lagipun album terbaru pun belum ada.

“Saya tidak mahu asyik kisah cinta saja yang keluar, kalau boleh saya lebih suka cerita tentang karier saya yang diperkatakan,” ujar yang ditemui pada sidang media sempena anjuran Me & U Creative di Bora Ombak, Ampang, baru-baru ini.

Namun, anak jati Kuala Lumpur ini tidak patah semangat dengan apa yang berlaku. Malah, tutur , dia tidak pernah menyesal bergelar anak seni dan sanggup meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab dulu.

“Saya masuk dalam bidang ini ialah untuk merealisasikan niat ibu saya sendiri dan saya juga ingin lihat sejauhmana saya boleh pergi di dalam industri ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berada di bawah pengurusan 8 Unit yang banyak membantu saya survive. Mereka sentiasa akan carikan show untuk saya setiap bulan,” kata .

Tambahnya lagi, dia juga mempunyai perancangan tersendiri untuk menaikkan semula kariernya. Salah satu daripadanya ialah untuk menghasilkan album sendiri sebaik kontraknya dengan syarikat rakaman, Suria Records tamat (SRC) pada bulan Jun depan

“Sekarang ini saya sedang kumpul duit dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan cuba hasilkan album sendiri. Rasanya lebih senang lakukan sendiri kerana saya boleh buat ikut kehendak saya.

“Tetapi saya sedar, bukan mudah untuk hasilkan album apatah lagi dengan jualan album yang amat lembab sekarang. Saya pun tidak mahu terburu-buru dan buat album tangkap muat saja.

“Buat masa ini, saya belum terfikir konsep yang macam mana ingin saya ketengahkan. Jika dulu, jiwa saya lebih kepada rock, tetapi memandangkan faktor usia, saya rasa mungkin akan beralih kepada genre yang lain,” kata .

Blog Widget by LinkWithin
Your Ad Here

-->
Your Ad Here

--> -->

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments

  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site