Majlis Resepsi Yatt & Abdul Mutalib
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Yatt kelihatan anggun dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan Lynda Rahim pada majlis persandingannya dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, di De’Seri Endon Puspanitapuri semalam(4/4), yang berkonsepkan moden dan santai itu.
Sekitar 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna putih dan ungu itu.
Resepsi kedua di sebelah pihak Yatt turut berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.
Menariknya, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.
Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan sebelum ini ditaja oleh Butik Pesona Anggun.

Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).
“Kebanyakan penaja ini sebenarnya adalah rakan-rakan saya dan ada diantaranya pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.
“Jadi, saya anggap ini sebagai tuah kerana mereka sudi menaja majlis saya ini,” tambah Yatt.
Yatt dan Mutalib selamat dinikahkan pada 29 Mac lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Pada majlis pernikahan mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.













:p
8)
