Kejayaan Peribadi Anuar Zain di Istana Budaya
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Penantian selama 11 tahun untuk menjayakan konsert solo akhirnya tercapai jua bagi penyanyi Anuar Zain.
Malam tadi, beliau telah membuka tirai konsert sulungnya di Istana Budaya (IB) yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu sehingga malam ini.
Persembahan yang memakan masa lebih kurang 2 jam itu ternyata tidak membosankan malah telah menghiburkan lebih 1300 peminatnya yang hadir. Anuar ternyata berpuas hati di atas sambutan peminat biarpun sedikit tertekan sebelum konsert bermula gara-gara kesuntukan masa untuk membuat latihan yang lebih serta persediaan set pentas.
Sepanjang konsert tersebut, Anuar telah menyampaikan sebanyak 21 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popularnya dan juga segmen khas yang mana penyanyi berusia 39 tahun ini mendendangkan lagu-lagu retro seperti Penantian yang dipopularkan oleh Harmoni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza).
Antara lagu hitsnya yang dipersembahkan pula ialah Sesuci Cintamu, Mungkin, Kain Pelekat, Bila Resah, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Teman Terulung, Permata, Ketulusan Hati, Perpisahan.
Tambah menariknya apabila Anuar menyampaikan kesemua lagu tersebut secara penuh, tanpa diselitkan dengan segmen medley. Malah, tiada sebarang gimik mahupun penari digunakan, hanya kelantangan vokalnya sendiri yang menjadi ‘nadi’ utama konsert tersebut.
Turut hadir memberi sokongan kepada beliau malam tadi ialah Datuk Sheila Majid dan Deja Moss.
Lagi gambar-gambar menarik semasa konsert Anuar Zain semalam di bawah:


Sumber Foto: MStar
Another interesting posts:
- Jo-Anna Berduet Dengan Jamal Abdillah Di Istana Budaya
- Cutenya Anuar Zain Waktu Kanak-Kanak!
- Bila Album Baru Anuar Zain Akan Keluar?
- Gambar Kahwin Anuar Zain?
- Remy Ishak Kena Belasah Di Istana Budaya!
- Persembahan Jamal Abdillah Di Istana Budaya
- Datuk Siti Nurhaliza Bertemu Tuan Guru Nik Aziz?
- Amy Search Sertai PAS?
- Ziana Zain Selamat Bersalin Baby Kembar!
- Faizal Tahir Telan ‘Painkiller’ Demi Peminat Untuk AJL24
- Claudia dan Aishah AF7 Terkeluar!
- Penyingkiran Aril AF7 Mengejutkan!!
- Juara Akademi Fantasia 7 Milik Hafiz!!
- “Hanya Peserta Wanita Yang Saya Nak!” – Awie
- Dr Fazley Turun Padang Berkempen Di Bukit Selambau
- Lagi Sandiwara AF7 – Aril Masuk Kembali!
- Waheeda Nekad Tinggalkan Dunia Seni!
- Nasib Tak Sebelahi Qhaud AF7
- Pelakon Wulan, Hanny Wahab Dibunuh Kerana Dendam Peribadi
- Gara-Gara ‘Cuci The Musical’, Hans Isaac Dikejarkan Ke Hospital!












xperlu cr permasalahan abby….maybe 2 rzeki zul sndri
:p
8)...