Jehan Miskin Serik Bercinta?
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Selepas putus kasih dengan Jue Aziz, pelakon pujaan ramai ini dilihat ada keluar berpasangan dengan beberapa wanita. Bahkan, Jehan juga pernah digosipkan bercinta dengan Jay Menon (DJ Mix FM). Bagaimanapun, Jehan menafikan perkara ini dan menjelaskan Jay hanyalah sekadar kawan biasa, tidak lebih daripada itu.
Tidak lama selepas itu, Jehan dilihat pula sering ke sana ke sini dengan Azura, seorang pengacara program TV. Namun, hubungan ini juga tidak ke mana. Daripada cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan penulis, Jehan sudah serik hendak bercinta lagi. Sama ada betul atau tidak, hanya Jehan yang boleh memberikan jawapan.
“Saya bukannya serik untuk bercinta tetapi saya memberi ruang kepada diri sendiri untuk memilih pasangan yang sesuai. Buat masa ini memang saya ada keluar dengan beberapa orang wanita tetapi mereka bukanlah teman istimewa saya. Kalau ada pun, saya tidak mahu berkongsi cerita dengan publik.
“Percintaan saya adalah hak milik peribadi dan saya tidak mahu war-warkan kepada orang lain. Pengalaman lalu telah menyedarkan saya. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang. Dulu pun, saya memang tidak begitu suka bercerita tentang percintaan saya, tetapi kebetulan ‘pasangan’ saya ketika itu juga adalah orang dalam industri, jadi kisah percintaan kami sering mendapat perhatian, ” jelas Jehan.
Diminta mengulas tentang pendiriannya yang tidak mahu berlakon di samping Jue, Jehan memberitahu yang dia lakukan perkara itu untuk kebaikan kedua belah pihak.
“Mungkin orang lain tidak kisah jika digandingkan dengan bekas kekasih tetapi saya tidak mahu. Bukan kerana bermusuh tetapi saya ada sebab yang tersendiri. Lagipun, ia untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Seboleh-bolehnya saya akan elak untuk bertembung dengan ‘dia’ dan mujurlah sehingga hari ini, saya memang tidak pernah berjumpa dengannya lagi. Kalau ada pihak yang ingin gandingankan kami untuk fotografi, baik lupakan saja, saya tidak akan terima, walaupun diberikan bayaran lumayan.”












:p
8)

Jgn nak berlagak baik la,muka ko dah mmg muka pantat la bang.Lagi mau berlakon ke?Harkk tuihhhh…
[Reply]