Inginkan Himpunan Gosip Di Sini Dihantar Terus Ke Email Anda Setiap Hari? Klik Di Sini...
Powered by MyTalento.Com 
Tweet!








1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

Jamal – Fatimatuzahra Sah Bercerai Talak Satu

3 July 2009 by MT  
Filed under Sensasi






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Jamal Abdillah
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini, mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat oleh penyanyi (defendan), 47, terhadap isterinya, (plaintif), 25, pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi.

Hakim Syarie, Drs Atras Mohamed Zain berkata, sebelum dia membacakan keputusan kes itu, beliau perlu memastikan waktu sebenar lafaz cerai itu.

Jelasnya, ini kerana terdapat percanggahan waktu lafaz cerai oleh plaintif dan defendan.


Drs Atras: Adakah kamu (plaintif) pasti mendengar lafaz cerai tersebut pada pukul 8 malam?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (defendan) pasti melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

Jamal Abdillah
Jamal: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) setuju defendan (Jamal) melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

Fatimatuzahra: Tidak

Drs Atras: Pasti?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Ada terdapat saksi tentang lafaz cerai pada pukul 8 malam itu?

Fatimatuzahra: Tiada.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) mahu pihak defendan (Jamal) menafikan waktu lafaz cerai itu?

Fatimatuzahra: Ya.

Drs Atras: Adakah kamu defendan (Jamal) sanggup bersumpah untuk menafikan lafaz cerai tersebut bukan berlaku pada jam lapan malam.

Jamal: Saya sanggup.

Jamal Abdillah
Hakim Syarie kemudian memimpin Jamal bersumpah atas nama Allah S.W.T. bahawa dia tidak melafazkan cerai talak satu kepada Fatimatuzahra pada pukul 8 malam, 15 Mei 2007.
Sumpah Jamal berbunyi: “Saya bersumpah dengan nama Allah sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada melafazkan cerai pada 15 Mei 2007, pukul 8 malam.

“Laknat Allah akan turun kepada saya sekiranya pengakuan saya di mahkamah ini adalah tidak benar,” sumpah Jamal.

Sejurus Jamal habis bersumpah, Hakim Syarie mengesahkan lafaz cerai tersebut berlaku pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi dan bukannya 8 malam, pada hari yang sama, berdasarkan lafaz sumpah Jamal itu.

Drs Atras membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain itu, beliau berkata, mahkamah memerintah Fatimatuzahra beredah sebanyak tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz cerai pada 15 Mei 2007.

Fatimatuzahra yang kelihatan kecewa terus meluru keluar dari dewan mahkamah sambil mengendong anaknya Ahmad Zaki Yamani, 2. Dia juga enggan ditemuramah.

Fatimatuzahra langsung tidak menoleh ke belakang walaupun anaknya asyik melambaikan tangan seperti ingin bapanya, bermain dengannya.

Mujurlah sebelum prosiding bermula, Jamal sempat juga melepaskan rindu pada anaknya Zaki.

Fatimatuzahra sebelum ini telah memfailkan permohonan pengesahan cerai setelah mendakwa dia diceraikan oleh Jamal pada tarikh tersebut, pada jam 8 malam ketika sedang memandu.

Lafaz tersebut berbunyi “Aku ceraikan kau dengan talak satu”.

Kredit Foto : AU YEONG HOW

Blog Widget by LinkWithin

Another interesting posts:

  1. Jamal Abdillah Mengaku Lakukan Hubungan Seks Dengan Bekas Isteri Lepas Lafaz Talak
  2. Akhil Hayy & Maizawati Sah Bercerai Talak Satu
  3. Persembahan Jamal Abdillah Di Istana Budaya
  4. Pelakon Emma Akma Sah Bercerai Talak Tiga!
  5. Jo-Anna Berduet Dengan Jamal Abdillah Di Istana Budaya
  6. Mamat Exists Sebenarnya Sudah Bercerai!
  7. Sumpah! Farid Bukan Kekasih – Lisa Surihani
  8. “Waheeda Isteri Saya” – Akhil Hayy
  9. Amy Winehouse & Blake Fielder-Civil Bercerai Secara Rasmi
  10. Konsert Satu Wajah M. Nasir Ditangguh! Apa Sudah Jadi??
  11. Kes Tuntutan Edah dan Mutaah Oleh Bekas Isteri Hattan
  12. Diana Danielle Pengsan Ketika ABPBH 2008??
  13. “PLKN Memang Best!” – Diana Danielle
  14. Tony Eusoff dan Dawn Marie Jeremiah Bercinta?
  15. Zizie Ezette Putus Cinta??
  16. Marsha Rasa Bersalah Aril Terkeluar
  17. Nabil Raja Lawak Nyaris Maut Kemalangan!!
  18. Waheeda Nekad Tinggalkan Dunia Seni!
  19. Anang Ceraikan Kris Dayanti Talak 3!!
  20. Lisa Surihani dan Farid Kamil Dalam Lagenda Budak Setan?




Your Ad Here

--> -->

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments