“Hanya Peserta Wanita Yang Saya Nak!” – Awie
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Sabtu lalu, Awie telah melengkapkan pencarian protégé-nya dengan menguji bakat lebih 80 peserta wanita. Seperti yang telah diwar-warkan melalui promo, dia hanya ingin mencari peserta wanita yang boleh diketengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi rock.
Oleh itu, apabila sekumpulan lebih 15 orang lelaki hadir untuk sesi uji bakat, mereka disuruh pulang oleh Awie. Namun, kesemua peserta lelaki tersebut dipanggil dan diterangkan mengapa dia enggan mengujibakat mereka sebelum disuruh pulang.
“Seperti yang telah saya nyatakan, saya ingin mencari seorang penyanyi rock wanita. Ini adalah kerana saya ingin melahirkan penyanyi rock wanita sebagai pelapis yang bakatnya mungkin lebih baik, setanding atau tidak jauh dengan ratu rock Ella. Saya tidak bermaksud untuk menandingi Ella tetapi untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Selama ini, industri kita telah banyak melahirkan penyanyi rock lelaki tetapi tidak wanita. Itulah sebabnya saya hanya menguji bakat peserta wanita sahaja,” terang Awie.
Ditanya pandangannya mengenai ujibakat yang dijalankan, dia berkata, “Bukan mudah sebenarnya untuk mencari seorang peserta wanita yang benar-benar mempunyai bakat dan pakej bagus terutama dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre rock. Ada peserta yang datang dengan ketrampilan yang menarik tetapi suara pula tidak menepati.
“Ada juga suara yang bagus tetapi tiada karisma dan bermacam-macam lagi. Saya juga menyuruh peserta yang boleh menyanyi dengan baik supaya menyanyikan lagu asli. Ini kerana mereka yang boleh menyanyikan lenggok asli dengan baik tidak akan ada masalah untuk menyampaikan semua jenis lagu.”
Ujibakat yang telah diadakan di Bilik Kenanga, Hotel Seri Pacific itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila peserta telah bersiap sedia seawal jam 9.30 pagi untuk mendaftarkan diri sebelum penyertaan ditutup pada jam 5 petang dan ujibakat dijalankan sehingga lewat malam.
Respon yang diterima dari kesemua ujibakat ‘Mentor’ yang bermula pada 14 Mac lalu amat menggalakkan apabila lebih 700 orang dari pelbagai latarbelakang dan dari pelusok negeri termasuk Sabah dan Sarawak datang untuk mencuba nasib. Namun, bukan mudah untuk mencari bakat yang menepati kriteria-kriteria mentor. Bagaimanakah mentor-mentor ini melatih protégé-protégé mereka?
Untuk mengetahuinya, jangan lupa untuk menonton ‘Mentor’ bermula 19 April ini, setiap hari Ahad jam 9 malam hingga 10.30 malam. ‘Konsert Mingguan Mentor’ akan bermula pada 3 Mei, ‘Jurnal Protégé’ setiap Ahad jam 5.30 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protégé bersama mentor, juga ‘Jurnal Mentor’ iatu diari harian protégé yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam.












…to aiman..chaiyok2…
