Tweet!










1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking Any Of The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only Click IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!





  • Your Ad Here

Gambar Pertunangan Umie Aida & Datuk K

30 September 2009 by MT  
Filed under Meletop!!, Sensasi, Tempatan






1 Step To Show Your Support To This Blog By Clicking The Advertisement Displayed Above Every Time You Visit Here.
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Pertunangan Umie Aida

Kegagalan percintaan Umie Aida suatu ketika dahulu pernah membuatkan Umie Aida serik untuk menerima kehadiran insan bernama lelaki. Namun perkenalannya dengan seorang sejak 5 bulan lepas telah berjaya membuka hatinya.

Umie sendiri tidak menyangka perkenalannya dengan Abu Hassan, 47, akhirnya telah diikat dengan tali pertunangan malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 – kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.


Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai.

Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora.

Majlis tersebut disempurnakan oleh ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Umie. Khairuddin atau turut digelar yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh para tetamu bagaimanapun tidak hadir pada itu.

Menurut Umie, majlis akad nikah pula akan menyusul sekitar awal Januari depan, namun aktres ini menegaskan majlis bersejarah mereka itu nanti akan diadakan secara tertutup.

“Saya meminta sedikit ruang untuk kami adakan majlis itu nanti secara privasi. Majlis pernikahan itu akan hanya libatkan keluarga. Ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak sebenarnya.

“Saya hanya mampu berkongsi dengan media untuk malam ini dan resepsi yang akan diadakan dua minggu selepas bernikah kelak. Tapi apapun untuk media, kami tetap akan edarkan gambar pada majlis pernikahan nanti.

“Saya ingin meminta maaf awal-awal dan saya harap semua pihak dapat menerima keputusan ini,” kata Umie.

Tahniah MT ucapkan kepada pasangan Umie Aida dan di atas pertunangan mereka ini. Diharapkan ikatan ini akan berakhir dengan perkahwinan sebagaimana yang telah dirancangkan kelak iaitu pada bulan Januari 2010. Khas buat anda semua, berikut adalah antara gambar-gambar sekitar semalam.

Pertunangan Umie Aida

Pertunangan Umie Aida

Pertunangan Umie Aida

Kredit Foto : Mstar

Blog Widget by LinkWithin
Your Ad Here

-->
Your Ad Here

--> -->

Apa Komen Anda Tentang Artikel Ini?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan oh, jika anda inginkan gambar ditunjukkan di sebelah komen anda itu, sila dapatkan di gravatar!

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

  • Recent Comments

  • Check Out My Fan Page!

    MyTalento on Facebook
  • Switch to our mobile site