Filem Remp-It V3 Diharamkan?
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Impian Farid Kamil untuk melihat filem arahan pertama beliau, Remp-It V3 ditayangkan di pawagam mungkin berkecai. Farid yang ditemui tampak kecewa apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak membenarkan filem tersebut ditayangkan kerana paparan visual lumba haram yang banyak.
“Kami hantar filem itu untuk dinilai kira-kira dua minggu lalu. Sejujurnya, saya memang sudah rasa tidak sedap hati sebelum itu.
“Pada hari yang sama juga, keputusan tersebut diperolehi dan saya memang amat terkejut serta kecewa apabila mendapat tahu filem ini tidak boleh ditayangkan.
“Menurut mereka, sekarang ini ada undang-undang baru yang tidak membenarkan visual aksi lumba haram serta dialog yang berkaitan dimasukkan di dalam filem. Tambahan pula, filem itu menampilkan kira-kira 60 peratus tentang lumba haram.
“Saya cuba yakinkan pihak berkenaan bahawa filem ini mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan, tetapi nampaknya mereka tidak dapat terima alasan itu. Saya sedih sebenarnya filem ini disalahertikan.
“Lagipun, sewaktu filem ini ingin memulakan penggambaran dulu, kita sudah mendapat kelulusan LPF serta pihak-pihak tertentu.
“Bila jadi macam ni, mestilah saya kecewa, apatah lagi setelah bertungkus-lumus untuk menyiapkannya,” kata Farid dalam nada perlahan.
Filem terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) ini turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Bront Palarae, Aqasha, Intan Ladyana dan Radhi OAG. Rayuan pertama telah dikemukakan oleh pihak MMP supaya filem ini dilepaskan ke tayangan namun telah ditolak.
Another interesting posts:
- Lisa Surihani dan Farid Kamil Dalam Lagenda Budak Setan?
- Kutipan Filem Papadom Berjaya Atasi Jin Notti dan Momok!!
- Filem Sayang You Can Dance Membosankan!
- Gambar Farid Kamil Menggatal Dengan Lisa Surihani?
- Fakta Menarik tentang Filem Talentime
- Sinopsis Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy
- Fesyen Terbaru Salina Saibi Dalam Pantang
- Konsert Satu Wajah M. Nasir Ditangguh! Apa Sudah Jadi??
- Sumpah! Farid Bukan Kekasih – Lisa Surihani
- Anu Dalam Botol Bukan Filem Porno – Raja Azmi
- Faizal Tahir Diharamkan Oleh Stesen Radio?
- ‘Pengganti Cinta’, lagu Irwansyah Untuk Acha Septriasa?
- Zizie Ezette Putus Cinta??
- Natasha Hudson Bercerai Lagi!
- Gambar Aksi Nakal Ainul Aishah
- Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari Amerika!
- Filem Terbaru Upin dan Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula…
- Gambar Scha Al Yahya Untuk Evolusi KL Drift
- Gambar Pernikahan Sharifah Sofea & Ismail
- ‘Pirates of The Carribean’ Tanpa Kiera Knightley












i xrti psl artikel nie sbb i bru up.. arp2 artikel ono mnrik
