Blogger, Jangan Cari Pasal Dengan Saya! – Misha Omar
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!
Misha Omar cukup terkilan apabila orang suka memburukkan dirinya dengan pelbagai cerita yang tidak benar dan tanpa kesahihan daripada mulut beliau sendiri. Ini berkenaan dengan seorang blogger tidak dikenali yang sentiasa menulis perkara yang tidak elok tentang dirinya.
Tambahnya lagi, telah berlaku beberapa insiden baru, antaranya ketika di Hot FM Big Jam yang berlangsung baru-baru ini di Johor. Blogger tersebut telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran atau sebarang amaran ketika dia sedang menyarungkan sehelai baju luaran.

“Dalam situasi begitu, sudah tentu kakak bertindak. Dia pun meminta maaf dan beredar dari situ. Tapi lepas itu, di blognya pula, diluahkan rasa tidak puas hatinya, menuduh saya berlagak diva.”
Sebelum ini, menurut Misha, gambar pertamanya berambut pendek yang diletakkan di Facebook untuk dikongsi dengan rakan-rakan telah diambil untuk diletakkan pada blog individu tersebut.
“Sebagai seorang blogger, dia bebas menulis apa saja tapi jangan ikutkan perasaan kerana ia akan membawa parah. Kalau ruangan gosip, mungkin sukar dikesan siapa penulisnya tetapi berlainan untuk seorang blogger. Jika perkara ini dibawa ke undang-undang, ia akan membawa padah kepada individu itu. Saya tidak mahu panjangkan isu ini tetapi mata masih memandang. Nasihat saya kepada yang menulis, jangan mudah membuat persepsi. Tulis berdasarkan kebenaran dan fakta. Saya ada tahap kemarahan saya, sekarang ini hanya baru sikit saja.”

Tentang tuduhan blogger tersebut yang dia telah ketawakan baju yang dipakai Siti Sarah ketika di konsert akhir MyStarz LG, jelas Misha, tidak akan dia memalukan dirinya dengan berbuat demikian di hadapan umum. Dan jika benarlah itu yang dilakukannya, akan diakuinya perbuatan itu.












…to aiman..chaiyok2…
