Amy Search Sertai PAS?
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Desas desus mengatakan Amy Search telah menyertai PAS timbul berikutan beliau sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, hari ini.
Khabar angin ini tambah kencang apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
Tapi betul ke Amy pun turut sertai PAS?
“Tidak…saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.
“Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.
“Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.
Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.
Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.
“Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
“Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.
Ehsan BERNAMA
Another interesting posts:
- Siti Nurhaliza dan Datuk K Sertai PAS?
- Datuk Siti Nurhaliza Bertemu Tuan Guru Nik Aziz?
- Dr Fazley Turun Padang Berkempen Di Bukit Selambau
- Perkahwinan Serina Mungkin Ditunda
- Gambar Terbaru Jue Aziz Bertudung
- Faizal Tahir Telan ‘Painkiller’ Demi Peminat Untuk AJL24
- Kejayaan Peribadi Anuar Zain di Istana Budaya
- Cabaran Buat Tomok OIAM3
- Lagi Kisah Pernikahan Zamarul Hisham & Diana Rafar
- Aril AF7 Keluarga Baru KRU?
- Sekali Lagi Imuniti Milik Tomok OIAM3
- Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN)?
- Jehan Miskin Serik Bercinta?
- Bila Album Baru Anuar Zain Akan Keluar?
- Gambar Terbaru Janda Aziz M Osman
- Rumahtangga Faizal Tahir Bergolak?
- “Hanya Peserta Wanita Yang Saya Nak!” – Awie
- Majlis Kahwin Nana Besar-Besaran?
- Farah AF2 Belum Bersedia Untuk Bertudung?
- Jualan Album Baru Mawi Tak Sehebat Dulu












i xrti psl artikel nie sbb i bru up.. arp2 artikel ono mnrik
