AC Mizal Kembangkan Bisnes Ke Luar Negara
Only CLICK IF You Want To See Special Offer From Our Advertisers...Just 4 You!

Rezeki AC Mizal nampaknya semakin mencurah-curah sekarang. Sebelum ini MT mendapat tahu AC pernah menjadi duta barangan magnetik, Idymium selama dua tahun sehinggalah kontraknya tamat bulan julai yang lepas. Berdasarkan pengalaman yang telah ditimba ketika itu telah membuka mata AC untuk mengembangkan perniagaannya sendiri ke luar negara melalui syarikatnya, AC Consortium Shd. Bhd.
Beliau akan membuka tiga kedai secara serentak pada bulan Disember ini iaitu di Oxford Road, London, Sydney, Australia dan satu lagi di Wisma Sentral, Kuala Lumpur.
“Saya akan menjual barangan magnetik seperti rantai, gelang dan baju yang ada unsur magnet berkonsepkan “bling-bling.”
“Harganya juga amat berpatutan mengikut jenis magnet yang dibeli dan sasaran pembeli saya adalah golongan yang berpendapatan sederhana dan mewah,” jelas AC lagi.
Rangkaian perniagaannya dibiayai oleh Aras Dua Sendirian Berhad.
“Mereka menawarkan saya RM 200 juta untuk menjalankan perniagaan saya ini.
“Saya juga akan meluaskan perniagaan saya ke Indonesia, Jordan dan Singapura pada tahun hadapan”.
Beliau juga akan bekerjasama dengan Majalah Hidayah di Indonesia untuk memasarkan produknya disana.
Selain itu, AC juga akan meluaskan produknya kepada koleksi pakaian pejabat yang mengandungi unsur magnet dan batu-batu permata.
“Saya masih lagi berbincang dengan pihak yang berkaitan,” ujar AC lagi.
Baguslah kalau perniagaan semakin maju tetapi bila sudah untung nanti, jangan dilupa nafkah untuk anak-anak bekas isteri terdahulu ye. Tak syoklah apabila asyik dengar cerita AC naik turun mahkamah hanya disebabkan nafkah untuk anak-anak diabaikan. Nafkah tu kan benda wajib dalam Islam. Kalau tak bagi, nanti tak berkat hidup gitu. Sekadar nasihat dari MT…
Another interesting posts:
- Dia Fadila Lebih Glamor Di Luar Negara
- Sharifah Zarina Kini Mengandung 5 Bulan!
- Akhil Hayy & Maizawati Sah Bercerai Talak Satu
- Dayana Anak Wayang Kena Raba??
- Arni Nazira Kini Hamil 2 Bulan!
- Drama Kes Penceraian Radhi OAG dan Shazlin Di Luar Mahkamah
- Tahniah! Lisdawati & Fauzi Dapat Baby Girl!
- Eja Sedia Kenalkan Baby Girl, Nur Eishal 3 Disember Ini!
- Mamat Exists Sebenarnya Sudah Bercerai!
- Halim Othman Bakal Akhiri Zaman Bujang Jun Ini!
- Aizat Terpilih Wakili Negara Ke Bulgaria
- Maiza Bakal Akhiri Zaman ‘Solo’ Februari Ini!
- Amber Chia Diberi Hak Eksklusif Ford Supermodel
- Gambar Nur Eishal, Baby Girl Eja
- Catriona Sudah Mula Buat Persiapan Kelahiran Bayi
- Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN)?
- Natasha Hudson Bercerai Lagi!
- Best Tak Suara Diana Danielle?
- Koleksi Gambar Azura Abu Samah, Pengacara TV9
- Giliran Ajai Pula Bakal Timang Cahayamata












xperlu cr permasalahan abby….maybe 2 rzeki zul sndri
:p
8)...